Hidup remaja yang penuh onak ranjau berduri banyak dikaitkan dengan isu-isu yang menjurus ke arah asmara.Budaya couple yang melampau -lampau..contohnya berpegangan tangan,memegang aurat-aurat yang sensitif..seakan mencerminkan siswa dan siswi islam ini ibarat muslim yang tidak berakidah....saya ingin merungkain apakah dia asmara itu?..kerana sebelum kita ingin merawat sesuatu...kita perlulah mengetahui apa,siapa,kenapa,dan bagaimana mrawat asmara ini.. Asmara itu secara mudahnya menurut faham kita ia merujuk kepada perasaan senang, suka, nikmat dan seronok yang akan dizahirkan daripada hasil perhubungan antara lawan jantina, yakni antara lelaki dan wanita. Namun dalam erti kata yang sebenar menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, asmara itu membawa erti cinta, kasih, cinta berahi, bermain, bercinta-cintaan dan bercumbu-cumbuan. Wah betapa asmara itu membawa konotasi yang agak tidak senang untuk dibincangkan secara terbuka! Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?
Bagi saya asmara itu tidak perlu lagi di”taboo”kan perbincangannya di zaman globalisasi yang gila kini. Untuk apa kita menyembunyikan hakikat yang membawa kepada banyak permasalahan dunia serba gila kini? Untuk apa kita menjadikan isu asmara ini sebagai suatu yang dilarang oleh orang tua-tua untuk diperbincangkan di ruang-ruang umum seperti ini? Untuk apa ia disembunyikan sedangkan itulah punca mengapa remaja Malaysia kini semakin rosak, rosak dan rosak akhlaknya.
Sebenarnya bukan hanya remaja yang memiliki gelora asmara di dunia ini. Orang tua sekalipun masih ada yang sedang bergelora dengan asmaranya. Jika tidak, mana mungkin berlaku kejadian keji golongan datuk tua bangka yang merogol cucunya sendiri. Namun begitu, persoalan kita di sini lebih kepada persoalan gelora asmara remaja, kerana yang membaca blog ini adalah hampir 100% remaja saya yakin. Inilah peluang keemasan yang wajar diambil oleh pihak tertentu yang sedar tentang tanggungjawab dakwah untuk menyedarkan golongan remaja tentang bahayanya penyalahgunaan gelora asmara itu di kalangan anak muda yang sedang mahu mencuba-cuba ini.
Gambar: Kehancuran akibat pendedahan adegan seks terhadap kanak-kanak di barat. Bukti kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat. Bayangkan kesannya terhadap golongan remaja.
Isu utamanya ialah, mengapa gelora asmara itu hadir..adakah ia dijemput dengan karpet merah supaya masuk menusuk ke kalbu remaja sekalian. Mengapa rasa itu harus hadir di celah-celah jiwa keras seorang remaja. Kenapa ia sering mengganggu tenangnya jiwa seorang remaja yang cintakan agamanya dan bencikan kemaksiatan.Mengapa? Saya pernah membaca sebuah novel yang bertajuk “Kiswah” yang mana novel ini terlalu telus menceritakan apa di sebalik tersurat. Memaparkan apa yang dirasakan bila berdepan dengan lawan jantina. Tidak sanggup menulis contoh ayat yang selalu diulang dalam novel itu di sini. Cuma ingin menunjukkan bahawasanya rasa asmara yang wujud dalam sanubari itu adalah fitrah insani. Ya benar ia adalah fitrah. Rasa mahu dibelai, mahu disayangi, mahu dipeluk oleh insan yang dikasihi itu memangnya fitrah yang Allah hadirkan dalam diri kita. Cuma persoalannya bagaimana ia hadir dengan cara yang tidak betul dan bagaimana harus remaja menanganinya.
Di dunia akhir zaman ini, gelora asmara itu dikejutkan dengan cara yang pelbagai. Samaada melalui dunia teknologi informasi mahupun pembacaan bahkan juga melalui media massa. Lihat saja deretan cerita-cerita juga drama-drama di televisyen kita kini. Berapa banyak isi dan jalan ceritanya menjurus ke arah bergoncangnya gelora asmara remaja. Pemaparan budaya “couple” yang keterlaluan. Bebas berpegangan tangan, berpelukan, berciuman, hatta adegan ranjang juga mahu ditunjukkan aksinya supaya nampak “real”. Jika ditanya kepada para pelakonnya kenapa sanggup melakukan adegan sebegitu, maka jawapannya sangat mudah. “Untuk memenuhi kehendak pengarah dan supaya lakonannya hidup”..Ya memang hidup, menghidupkan nafsu para penontonnnya. Betapa rakusnya manusia kini. Faktor keuntungan itu dijadikan kiblat dalam menerbitkan filem dan drama manakala faktor moral dan etika apatah lagi soal halal haram di kesampingkan malah dibuang jauh-jauh.
Babak-babak dalam Filem "Gubra" yang mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu:
1.Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
3.Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
0 comments:
Post a Comment