Monday, October 10, 2011

Insaniah Club Tidak Bersetuju Penayangan Filem "Klip 3gp"



Akhir-akhir ini media perfileman kita semakin hilang arah tujuan.Berdasarkan kepada filem-filem yang dihasilkan semakin kurang memberi input positif kepada masyarakat bahkan lebih memarahkan ia lebih membawa input negatif terhadap masyarakat khususnya golongan-golongan muda yang memerlukan didikan agama sebagai teras kehidupan .Filem-filem seperti bermotifkan seram,cinta melampau dan yang terbaru filem berunsur seks .Ini seakan-akan menggambarkan lemahnya institusi perfileman kita yang dinaungi oleh Filem Nasional (FINAS) dan menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai negara umat Islam.




Insaniah Club melihat keadaan sebagai sesuatu yang menjijikkan.Dimana dapat kita lihat bahawa lemahnya Lembaga Penapisan Filem Malaysia dan lemahnya institusi islam di negara ini dalam menangkis sebarang budaya negatif yang cuba menyelinap masuk dalam fikiran umat islam.Sepatutnya pihak berwajib perlulah ambil maklum hal ini,kerana Malaysia merupakan negara umat islam yang majoritinya bangsa melayu islam.



Filem yang terbaru yang diluluskan oleh FINAS dan bakal ditayangkan pada 13 oktober ini ialah "Klip 3gp" .Berdasarkan kepada sinopsis filem tersebut ia mengisahkan pemuda yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan hasilnya dia menjadi seorang jutawan klip-klip Lucah.Tidakkah jika generasi muda melihat filem ini akan terdetik untuk menjadi jutawan melalui jalan ini?...jawapannya terletak dalam diri anda.Tidak mustahil juga purata anak luar nikah akan bertambah.Sudahlah kita berdolak dalih untuk mengguna pakai hukum Allah kemudian memasukkan lagi unsur negatif dalam masyarakat.


Sedutan Filem Klip 3gp yang Bakal Ditayangkan




Insaniah menyeru kepada pembikin-pembikin filem ini untuk kembali ke pangkal jalan.Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-hambanya selagi nafasnya belum sampai dikerongkong.Tambahan pula Rasulullah pernah berfirman:

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."





5 comments:

Perindu syahid said...

assalamualaikum...
saya kurang bersetuju penulis mempamerkan gambar seperti diatas secara umum, tambah2 lagi ini adalah blog sebuah kelab islamik (kalau betullah). pertama sebab ia mengaibkan artis tersebut dan kedua gambar itu mendatangkan dosa bg lelaki yg melihatnya. satu lagi berkenaan dengan pemilihan ayat yang digunakan agak kurang sesuai dan kasar... seperti contoh ''kutuk'' perkataan itu hanya Allah yang berhak gunakan.. saya cadangkan... ''Insaniah Club tidak bersetuju dengan pembikinan filem Klip 3GP''.. kan lebih sedap didengar.. jadilah da'ie yang tegas dalam kelembutan...

~sekadar teguran. ambil jika sedar, tolak jika tak nak

Insaniah Club Members said...

Waalaikumsalam...
Terima Kasih atas komen nye...

Alhamulillah...
Post tlah diedit kearah yang lebih bersesuaian...

Jazakallah....

Anonymous said...

BooiIIikkoTtt ini filemmm!

Insaniah Club Members said...

Btul 2!!!
Smoga ALLAH beri Hidayah Kpd Pembikin Filem ini..
~Amin....

Anonymous said...

Saya bersetuju dgn admin, filem ini x harus ditygkan. Bagi sy filem ni lbh byk memaparkan keruntuhan akhlak dan aksi ranjang drpd mesej yg baik. Kalau produser @ penrbit nak menyedarkan masyarakat tentang keburukan menggunakan klip 3GP, mungkin beliau boleh menggubah watak atau jln cerita yg lebih kpd keagamaan serta azab2 yg boleh dijdikan pengajaran bermakna. Tak perlulah aksi2 ghairah dan sewaktu dgnnya. Benda tersebut x mendtgkan apa2. Sesuatu cerita/filem tu, kalau jln ceritanya berkesan dan menyentuh ht penonton, walaupun si pelakon tu act duduk2 jer sekalipun pakai bju bruk jer... org akan suke tau. No need la aksi ghairah or ranjang, malu ar. kalau nak buat aksi bleh, buat la aksi stunt ke. (sy hanya memberi pandangan dan cadgan jgn mrh yer penerbit) :p

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop