Biasa dengar ayat yang semacam ini? - "Ah, nak tegur orang, kau ingat kau tu Alim sangat, tolong jangan perasan la".
Mungkin ada yang tak berani menegur kerana takut mendapat jawapan sebegitu, atau berkongsi nasihat-nasihat (di FB, twitter, blog) kerana risau dituduh hipokrit. Adakah orang yang macam kita (golongan pertengahan-bukan alim, bukan jahil) tak layak nak memberi peringatan?
Antara kau, aku dan mereka; kita tidak tahu siapa yang lebih mulia dalam pandanganNya.
"Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dia pulalah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk"
Apa yang nak dikhabarkan disini adalah tidak salah andai memberi teguran meskipun diri sendiri masih banyak cacat celanya.
Untuk rujukan,
Dari Imam Hassan Al Basri;
"Sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".
Dari Anas bin Malik r.a., ia berkata;
Kami bertanya,
"Ya rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan (ilmu: sunnah/ amal saleh) dan kami tidak akan mencegah ( dakwah/ amar ma'ruf nahi mun'kar) kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran."
Maka Nabi SAW. bersabda,
"Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."
1 comments:
ya.... xperlu tunggu orang perfect baru nk trima nasihat.
Post a Comment