
SIRTE   - Bekas pemimpin Libya, Muammar  Gaddafi telah terbunuh selepas  pejuang  Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Peralihan menawan kampung  halaman  beliau yang juga kubu terakhir pengikut setianya di sini  semalam. 
Gaddafi ditemui mati akibat pendarahan kesan tembakan di kepala beliau, selepas pejuang NTC berjaya menangkap beliau.
Jenazah Gaddafi kemudian dilaporkan telah dipindahkan ke sebuah masjid di Misrata.
Salah seorang anak Gaddafi, Mutassim, yang bersembunyi dengan bapanya juga turut terbunuh  semalam.
 Orang    ramai memenuhi jalan-jalan Sirte, Tripoli, Misrata dan Benghazi,    bandar di timur Libya yang menerajui pemberontakan terhadap pemerintahan   Gaddafi  selama 42 tahun, untuk meraikan berita kematiannya dengan   beberapa  das tembakan senapang dan lambaian bendera baru Libya.
Penduduk  di timur Libya mula menunjuk perasaan Februari lalu,  mendapat ilham  daripada kebangkitan rakyat yang  berlaku di Tunisia dan  Mesir sehingga  mengakibatkan kedua-dua pemimpin  di negara berkenaan  tumbang.
Tunjuk perasaan itu akhirnya bertukar menjadi pemberontakan di    kalangan penduduk yang membentuk kumpulan pejuang menentang Gaddafi.
Kematian Gaddafi itu menandakan bahawa NTC kini menguasai sepenuhnya   Libya selepas mereka berjuang selama lapan bulan, bertempur dengan   pengikut setia diktator Libya tersebut.
Sumber:Malaysiaharmoni
 
 9:09 AM
9:09 AM
 Insaniah Club Members
Insaniah Club Members
 
 Posted in:
 Posted in:  








 
 
 

 

 
 



 
 Posts
Posts
 
 
0 comments:
Post a Comment