Thursday, October 20, 2011

Kelab Insaniah Dinobat Kelab Terbaik

Saudara Amir Farhan

Pada Malam Graduasi Kolej Poly - Tech MARA Bangi lalu .Kelab Insaniah telah dinobatkan sebagai kelab terbaik bagi sesi 2011.Sesungguhnya kejayaan ini bertitik tolak dari pelbagai usaha dari semua lapisan exco lajnah bagi menyuburkan lagi dakwah di kampus ini.Selain itu ribuan terima kasih kepada semua lapisan mahasiswa dan mahasiswi Kolej Poly Tech MARA Bangi yang tidak pernah jemu memberikan sokongan terhadap segala kegiatan dakwah yang dijalankan oleh Kelab Insaniah.


Barisan Pimpinan Kelab Insaniah

Kejayaan ini turut diserikan dengan 3 anugerah kecemerlangan yang dianugerahkan kepada salah seorang penasihat Kelab Insaniah dan 2 majlis tertinggi Kelab Insaniah.Ustazah Nurul Huda Binti Abdul Rashid dinobatkan sebagai pensyarah terbaik pengajian umum,Saudara Amir Farhan Bin Fathil (Pengerusi) merangkul anugerah khas pengarah dan Saudari Nuratikah Binti Mat Isa(Naib Pengerusi) merangkul anugerah pelajar terbaik Diploma Pengurusan Perniagaan.

Diharapkan Agar kejayaan yang dianugerahkan ini menjadikan Kelab Insaniah lebih mantap dalam menyampaikan misi dakwah di kampus ini.Sesungguhnya ALLAH pernah berfirman di dalam Al-Quran iaitu:

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

(Muhammad 47:7)

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada semua pimpinan Insaniah...
antum semua berjaya mentadbir Insaniah dengan baik...
mudahan-mudahan segala penat dan lelah antum semua, dilihat oleh Allah....sama seperti lagu tema Insaniah,
"setiap tetes peluh dan darah, tak akan sirna ditelan masa, segores luka dijalan Allah kan menjadi saksi pengorbanan"
Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop