Tuesday, February 21, 2012

Syria Revolution


Mengenang nasib saudara sesama Islam dan Akidah di wilayah Syria sana, amatlah memilukan hati ini.

Perlakuan zalim oleh sang penguasa yang rakus telah menyebabkan rakyat menderita berabad-abad lamanya. Ibarat luka yang kecil apabila tidak dijaga, pasti ia akan membesar dan membarah. Ibarat marah yang terus dibakar bertahun-tahun. Maka pasti ia sudah membuak-buak, walaupun peluru berada seinci di hadapan mata sekalipun.



Bukan lagi takut dijadikan keutamaan, tetapi perjuangan keadilan wajib ditegakkan sehingga akhir. Itulah akibatnya apabila jiwa dan jasad dikongkong derita lamanya.



Begitulah perumpamaan derita yang dihadapi oleh saudara kita di sana, mereka tetap hidup menderita dan merempat walaupun bekerja keras pada hari-harinya. Yang miskin terus menderita, yang kaya terus bersenang-lenang. Hasil kekayaan negara berlegar-legar hanya untuk kroni-kroni yang buncit.



Sayunya hati ini apabila melihat mayat-mayat suci bergelimpangan, luka-luka masih lagi bernanah. Anak-anak kecil kehilangan ibu dan ayah. Isteri muda menjadi balu. Semuanya menderita akibat pemerintah yang sangat kejam, rakus dan tamak.

Sepatutnya mereka menjaga amanah seperti apa yang termaktub dalam kitab dan sunnah. Tetapi benarlah kata nabi saw, bahawa akan ada suatu masa nanti ‘Pemerintah tetapi berhatikan ‘SYAITAN’. Kita semua telah menyaksikannya hari ini.



Wahai Saudara Seakidah Ku, janganlah kamu berputus asa melawan sang durjana kerana ingin mempertahankan hak-hak kamu, darah kamu, agama kamu, harta kamu dan negeri kamu. Percayalah, pasti dan yakin bahawa kejayaan dan syurga terbentang luas di hadapan kamu. Jika di dalam perjuangan kamu rebah, maka kamu pasti syahid, tetapi jika kamu berjaya, pahala besar menanti kamu kerana telah menumbangkan musuh-musuh Allah dan Rasulnya.



Ingatlah sabda nabi yang membawa rahmat sekalian alam pernah menyebut:

“Sesiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia mati syahid, sesiapa yang terbunuh kerana membela keluarganya, atau kerana membela darahnya, atau kerana membela agamanya, maka ia mati syahid.”




Oleh itu, wahai teman-teman dan saudara-saudara saya yang dekat mahu pun yang jauh. Ayuh! mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di setiap saat kadar yang ada pada kita semua. Itulah senjata yang paling kuat yang ada pada kita.



Ingatlah sabda junjungan Nabi saw kepada kita selaku saudara buat mereka iaitu dengan menyebut:

“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri”



Ayuh! teman-teman yang beriman pada Allah dan hari akhirat.

Bendera Di Padang Mashyar (pilihlah Nak Duduk Kat Mana) ..


Di padang mashyar nanti bendera-bendera dipasang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh:

LIWAUS SHIDQI (Bendera Kebenaran) dikibarkan oleh Saidina Abu Bakar as-Sidiq r.a. bagi semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera tersebut.

BENDERA FUWAHA'untuk saidina mu'adz bin jabal r.a. bagi semua orang yang alim fiqih akan berada dan berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

BENDERA ZUHUD untuk Abu Dzarr r.a. bagi semua manusia yang menjiwai dan membudi daya dengan zuhud akan berada di bawah bendera ini.

BENDERA DERMAWAN untuk Saidina Osman bin Affan r.a. bagi para dermawan akan berada di bawahnya.

BENDERA SYUHADA untuk saidina ali r.a. bagi setiap orang yang mati syahid sama berbaris di bawah bendera ini.

BENDERA QURRA' untuk ubayya bin ka'ab r.a. bagi para qari' sama berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

BENDERA MU'ADZIN untuk Bilal r.a. bagi para mu'adzin akan berada pada barisan di bawah bendera ini.
Bendera orang-orang yang dibunuh dengan aniaya untuk saidina Husain r.a. bagi orang-orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.

Monday, February 20, 2012

Kursus Kahwin

Khas untuk pelajar dan staf KPTM Bangi!
Selepas Sambutan Maulidur Rasul, Kelab Insaniah bakal menganjurkan program Kursus Kahwin dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS ).
Untuk pengetahuan semua, peserta hanya dikenakan bayaran separuh harga sebanyak RM40 berbanding di luar yang kebanyakannnya melebihi RM8O ke atas.
Selain itu, Kursus kahwin ini bakal di isi dengan slot-slot yang menarik bagi mereka yang pastinya akan memasuki alam rumah tangga pada masa akan datang.
Cuma waktu dan masanya hanya Allah yang menentukannya sejak di Luh Mahfuz . Sesungguhnya janji Allah itu pasti.

'' Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasang-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui..'' (Yaa Siin 36:36)

Rasulullah s.a.w bersabda : Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku itu.
(Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)

Rasulullah s.a.w bersabda : Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya..



Oleh itu, pelajar KPTM dan juga staf digalakkan untuk menyertai program ini kerana tempatnya terhad yang hanya untuk 200 peserta sahaja.
Semua peserta akan memperolehi sijil kursus kahwin yang tiada tarikh luput.
Makanan akan di sediakan bagi para peserta sepanjang program di jalankan.
Jadi,rebutlah peluang ini!
Kenapa pilih yang HARAM ,yang HALAL kan ada...


Wednesday, February 15, 2012

MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT KPTM BANGI


Muhammad itu Pemimpin dunia . Siapa lagi yang patut meraikannya kalau bukan umatnya sendiri . Ringankan kaki , ikhlaskan hati , berselawat bersama kami , semoga dirahmati dan diberkati , oleh Ya Rabbi .

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



Barisan pensyarah & pelajar muslimin muslimat bergambar bersama Ustaz Hasrizal Jamil dan Sham Kamikaze

Sepanduk Kelab Insaniah sempena Sambutan Maulidur Rasul

Pada 14 Februari 2012, Kelab Insaniah telah menganjurkan program Sambutan Maulidur Rasul di dewan Kolej Poly-Tech Mara. Tetamu jemputan khas yang hadir adalah Sham Kamikaze dan ceramah daripada Ustaz Hasrizal Jamil.
Sambutan ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga jam 2 petang.
Alhamdulillah, pelajar yang dijangka hadir 400 orang pada mulanya telah melebihi jangkaan hingga mencecah 700 orang.

Penasihat segak berbaju melayu Kelab Insaniah

Ceramah dari tetamu jemputan Ustaz Hasrizal dan Sham Kamikaze

Persembahan nasyid bersama Sham Kamikaze

Gabungan suara mantap daripada muslimin Kelab Insaniah yang terdiri daripada Imran, Arif Hikmat, Syafiq dan Irwan diiringi dengan petikan gitar hebat daripada Sham Kamikaze dengan menyampaikn lagu Seroja.

SHAM KAMIKAZE @ KPTM BANGI



Saturday, February 11, 2012

PERTANDINGAN KUIZ ONLINE MAULIDUR RASUL KPTM BANGI 2012M/1433H


BACA DULU BARU JAWAB!

Assalamualaikum kepada semua...
Untuk pengetahuan kawan-kawan, Kelab Insaniah dan Jabatan Pengajian Umum KPTM Bangi dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Bangi akan menganjurkan Majlis Sambutan MaulidurRasul peringkat KPTM Bangi 1433 H/ 2012 M. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan ini. Antaranya pertandingan Futsal, Bola Jaring, Teka silang kata, kuiz bertulis, pertandingan sepanduk terbaik, dan kuiz online. Saat ini, anda berpeluang untuk menyertai pertandingan KUIZ ONLINE dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan di bawah. Syarat-syarat pertandingan adalah:

1) Terbuka kepada semua warga KPTM Bangi SAHAJA. sama ada pensyarah, kakitangan bukan akademik dan pelajar termasuk yang menjalani latihan Industri

2) Selepas menjawab soalan, sila DAFTAR(register) dengan menggunakan username NOMBOR TELEFON anda supaya mudah kami menjejaki anda.

3) Anda cuma ada 15 saat untuk memilih jawapan yang dirasakan betul. Tiada masa untuk anda menyemak jawapan di dimana-mana sumber rujukan

4) Segala keputusan adalah muktamad. segala bantahan tidak akan dilayan.

5) Hadiah akan diberikan semasa Majlis penutupan yang akan diadakan di Dewan KPTM Bangi pada 14 Februari 2012.

6) Anda hanya dibenarkan untuk menjawab sebanyak SATU KALI sahaja kerana sistem akan mengenal pasti anda. Penyertaan sebanyak lebih daripada sekali akan dibatalkan terus dari pertandingan.

7) Anda juga boleh menjawab melalui facebook Insaniah Clu KPTM Bangi.

8) SETELAH SELESAI MENJAWAB, TOLONG NYATAKAN NAMA PENUH, E-MAIL DAN MARKAH YANG ANDA DAPAT DI RUANGAN KOMEN FACEBOOK INSANIAH!

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan 0145517768 (fauze) atau 0136911930 (Asyraf).

ANDA BOLEH MULA!!! selamat berjaya

Tuesday, February 7, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H



"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56).

Peserta dari Kelab Insaniah

Pada 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H, Kelab Insaniah telah mengahdiri sebuah perarakan maulidur rasul di Stadium Melawati Shah Alam. Seramai 30 orang mahasiswa dan mahasiswi termasuk penasihat kelab serta pensyarah kolej yang hadir bagi memeriahkan lagi sambutan itu. Sambutan itu berlangsung dari jam 8 pagi hingga jam 2 petang. Oleh kerana tempatnya jauh dari kolej kami, maka kami terpaksa bertolak 2 jam lebih awal selepassolat subuh iaitu pada jam 6.30 pagi.

Sedikit taklimat daripada presiden kelab


Muslimat mendengar sedikit taklimat daripada presiden kelab

Keadaan semakin meriah apabila kami hadir bertemakan warna merah jambu bagi muslimat dan warna maroon bagi muslimin. ditambah lagi dengan kepelbagaian warna oleh peserta-peserta yang lain yang terdiri daripada pelajar IPTA/IPTS, pelajar sekolah, pihak masjid dan badan-badan kerajaan.

Sambil menunggu giliran

Perarakan kami diketuai oleh presiden kelab iaitu Ahmad Fauze


Para muslimat berselawat ke atas Nabi


Muslimat berarak


Peserta daripada Jabatan Kerja Raya

Perarakan kami adalah sejauh 3 km bermula dari pagar masuk stadium sehinngga pintu masuk ke stadium. Perarakan ini disambut meriah oleh orang awam sehingga ada yang merakamkan perarakan ini dan berselawat sekali bersama kami. Selesai sahaja berarak kami dihiburkan oleh persembahan dari kumpulan Hijjaz dan In-team. Kedatangan Sultan Selangor juga turut disambut dengan meriah.


Persembahan dari kumpulan Hijjaz

Persembahan daripada kumpulan Hijjaz




Dapatkah Aku Mencintaimu Sepertimana Kau Mencintaiku? Ya Rasulullah..




hayatilah video ini..



Mengingati 12 Rabiul Awal..

Pernahkah kita mengenali Rasulullah kita?
Pernahkah kita menyayangi Rasulullah kita?
Benarkah kita menyayangi Rasulullah kita?
Benarkah kita tidak menyayangi Rasulullah kita?
Wahai umat Rasulullah, sedarlah kita akan kasih sayang Rasulullah terhadap kita..

CINTAILAH RASULULLAH….

kerana baginda sangat menyangi kita….

Dari Abbas r.a bersabda:

“Org yang pertama dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat ialah MUHAMMAD SAW. Jibrail as akan datang kepadanya membawa seeokor Buraq. Israfil datang kepadanya membawa bendera dan mahkota.Izrail datang membawa pakaian pakaian syurga.

Israfil bersuara:
“Wahai roh yang baik ! kembalilah ke tubuh yang baik”
maka kubur terbelah dua.

Pada seruan yang kedua pula
kubur mula terbongkar.

pada seruan yang ke3
Ketika Rasulullah saw berdiri.. Baginda telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda saw. Baginda saw melihat kanan dan kiri. Baginda dapati tiada lagi bagunan lalu Baginda menangis sehingga mengalir lah air matanya ke pipi.

Baginda bersabda:
Kekasihku Jibrail as ! Gembirakalah aku..

Jibrail as berkata “Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?
Baginda bersabda :
“Bukan seperti itu maksud pertanyaanku..”

Jibrail as berkata :
“Apakah kamu tidak dapat melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda bersabda :
“Bukan itu maksud pertanyaanku”

Baginda bersabda :
“Aku bertanya kepada mu akan UMATKU…Di mana perjanjian mereka..?”

Baginda bersabda :
“Nescahaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.. Aku akan mensyafaatkan UMATku..”

Jibrai as menyeru :
” Wahai sekalian makhluk!! Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah swt..”

Umat2 datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.

setiap kali Nabi MUHAMMAD akan bertanya…

“Dimanakah UMAT ku?”

Jibrail as berkata :
“Wahai MUHAMMAD SAW.. umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila Nabi isa datang
Jibrail as menyeru
“tempatmu”
Maka Nabi isa as dan jibrail as menangis .

Nabi MUHAMMAD SAW berkata :
“Mengapa kamu menangis..Dimana Umatku?”
Jibrail berkata :
“Mereka semua telah datang . Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian nabi MUHAMMAD SAW menangis lalu bertanya
“Wahai Jibrail ! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibrail as berkata :
” Lihatlah mereka wahai MUHAMMAD SAW..”

Nabi MUHAMMAD SAW bertemu dengan umatnya yang berdosa.
Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru
” Wahai MUHAMMAD SAW…..”

Nabi MUHAMMAD SAW bersabda :
” Wahai Umatku……”

mereka berkumpul di sisinya.. Umat2nya menangis.

Allah Taala berfirman
“Di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi..
dimana umat MUHAMMAD SAW..”

Jibrail as berkata :
“Mereka adalah sebaik umat..”

Allah Taala berfirman :
“Wahai Jibrail ! Katakanlah kepada kekasihku MUHAMMAD SAW.. umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanku.”

Jibrail as kembali di dalam keadaan menagis lalu berkata :

” Wahai MUHAMMAD SAW..Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala”

Nabi MUHAMMAD SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata :

“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala..”

Allah Taala berfirman :

“Pada hari ini kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan,,Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu..dan Aku akan mengangkat sesiapa yang menderhaka terhadapKu..”

Suara dan jeritan dan tangisan semakin kuat..

Nabi MUHAMMAD SAW menyeru..
“Tuhan!! penciptaku..penghuluku…..Aku tidak meminta untuk diriku sesungguhnya aku meminta umntuk umatku dariMu..”

ketika itu juga Neraka Jahanam berseru
“siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka berseru :
“Wahai tuhanku!!Pengusahaku!!Penghuluku..selamatkan lah MUHAMMAD SAW dan umatnya dari siksaanya..selamatkan mereka dari kepanasanku..bara apiku..penyiksaanku..dan azabku..sesunggunya mereka adalah umat yang lemah..mereka tidak dapat tahan dengan siksaan.

Air mata nabi MHAMMAD SAW telah hilang dan kering dari pipinya..

Baginda bersujud dihadapan arsy Allah…
Sekali lagi baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya..

Para nabi melihat keluh kesah dengan tangisanya

Meereka berkata
“Maha suci Allah..Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat keadaan umatnya..

Fatimah pernah bertanya
“Dimanakah aku ingin mendapatkanmu pada hari kiamat nanti wahai bapaku”

Baginda menjawab :
” kamu akan menjumpai aku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku..”

Tatkala umat MUHAMMAD saw sedang mencari mimbar nabi MUHAMMAD SAW untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat,
Mariam, Aisyah,Khadijah dan Fatimah sedang duduk.

Ketika Mariam melihat umat nabi MUHAMMAD SAW..dia berkata :
“Ini umat NABI MUHAMMAD..mereka telah sesat dari nabi mereka.”

suara mariam telah didengari oleh nabi adam..

nabi adam berkata kepada nabi muhammad..
“ini umatmu wahai muhammad..mereka berkeliling mencari mu untuk meminta syafaat kepada Allah taala.”

Nabi MUHAMMAD saw menjerit dari atas mimbar lalu bersabda :

“Marilah kepada ku wahai umatku wahai sesiapa yang beriman yang tak pernah melihatku..Aku tidak pernah lari daripada kamu melainkan aku sentiasa mohon kepada Allah ”

Umat nabi MUHAMMAD SAW berkumpul di sisinya.

Ketika di pangkal sirat
Nabi MUHAMMAD SAW bersabda kepada malaikat malik :

“Wahai Malik.. dengan kebenaran Allah Taala..palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi..jika tidak mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Nabi MUHAMMAD SAW berhenti di atas sirat .
Setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat .
Baginda akan menarik tanganya dan membangunkanya kembali ..

Nabi Muhammad berkata…


“Ya Tuhan…SELAMATKAN MEREKA..SELAMATKAN MEREKA..SELAMATKAN MEREKA”
“Tuhan..SELAMATKANLAH MEREKA …SELAMATKANLAH MEREKA..SELAMATKANLAH MEREKA.


Monday, February 6, 2012

Kehilangan Adalah Ujian Cinta Allah




“Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan”
Kehilangan pernah menimpa Nabi Ayyub A.S. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya. Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.”

Subhanallah…
Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Baginda ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya.


Kesabaran dan keikhlasan selalu akan membahagiakan. Pada akhirnya Allah mengembalikan semua kehilangan yang dialami Ayyub.
Maka bersabarlah ketika ujian cinta kepada Allah atas nama kehilangan itu datang. Semakin besar cinta, semakin berat pulalah ujian cinta itu. Dan, setelah ujian itu berakhir, maka akan terbukti seteguh mana iman dan cinta kita. Ketika semua telah dikembalikan atau digantikan dengan yang lebih baik, InsyaAllah semua kan terasa lebih nikmat.

Kehilangan selalu diwakilkan oleh kata ‘musibah’. Maka dengan berperasangka baik pada Allah, gantilah perkataan itu dengan kata manis seperti sebutan ‘rahmat’ atau teguran Allah yang unik untuk mengingatkan hambanya atas kesalahan atau maksiat. Dengan sebuah kehilangan, dan diiringi dengan berperasangka baik pada Allah, kesemua itu akan berubah dengan menjadi sebuah ‘keampunan’.
Kehilangan adalah sebuah proses mendapatkan dan begitu pula sebaliknya. Mendapatkan adalah sebahagian dari kehilangan. Proses ini mengajarkan kita agar tidak tamak pada realiti dan menyedari hakikat diri sebagai manusia yang memiliki titik noktah pada suatu masa nanti..

“Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya..”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Kehilangan adalah sebuah proses yang harus dilalui dalam kehidupan. Memang, sesungguhnya apa-apa pun yang ada dalam kehidupan kita di dunia ini, tiada yang abadi

Kehilangan adalah sebuah kenikmatan

kenikmatan bagi hati yang menikmati dan mengikhlaskan.

Kehilangan bukanlah saat mencari kambing hitam atas sesuatu kesalahan,

Tetapi inilah saat yang sangat berharga untuk memperkuatkan sangka baik terhadap Allah.
Innalillahi wa innailaihi rajiun..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop