Usrah/smart circle/muzakarah berkelompok merupakan tunjang sesuatu jemaah ataupun persatuan. Kalau usrah kemas dan berjalan dengan baik natijahnya kesatuan dalam jemaah atau kumpulan itu kuat dan kukuh, tetapi kalaulah perjalanan usrah itu lembab dan tak bermaya, akan lahirnya kumpulan yang lemah dan tak berkembang.
Kepentingan usrah ini jelas lagi bilamana pejuang-pejuang Islam sebelum kita melihat proses usrah yang dibuat oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, kita dapati beliau sangat mengambil berat terhadap anak buahnya. Boleh dikatakan beliau akan bertemu dengan anak buahnya setiap hari walaupun cuma beberapa minit, tidak kira malam, pagi-pagi buta, atau sebagainya kerana prinsip beliau yang amat penting sekali sekadar bertemu mata antara dengan anak buah akan menimbulkan rasa ukhuwah dan semangat yang kuat dalam berjuang. Proses seperti inilah yang harus kita ambil contoh dalam kita mengendalikan perjalanan usrah.
2 comments:
abg, mcm mna nk join usrah ek??
salam adik,
kalau nk join usrah sgt dialu-alukan...
boleh jumpa mana2 abg yang ada kt surau asrama, insyaAllah setiap hari mereka ada...
tp jgn risau, InsyaAllah kami akan mengumpul semua yg berminat dlm program usrah nnt... nntikan
Post a Comment