Tuesday, June 28, 2011

KPTM Prihatin INSANIAH Berkebajikan


TANJUNG MALIM - Setelah hampir sebulan dibenarkan keluar selepas enam bulan terlantar di hospital, mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon, 22, semakin cekal menyesuaikan diri dengan keadaan fizikal barunya.Menurutnya, berkat dorongan keluarga terutama kakaknya, Maryuni, 32, dia kini mampu melakukan beberapa aktiviti fizikal asas seperti makan dan minum sendiri tanpa bantuan.
“Namun luka lama masih belum sembuh sepenuhnya. Kulit saya tidak boleh terdedah lama dengan cahaya matahari mahupun cuaca panas. Jika tidak, akan berlaku komplikasi pendarahan.



“Pada masa ini, saya juga perlu menjalani rawatan susulan dan fisioterapi di Hospital Slim River dua kali seminggu sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini,” katanya ditemui semasa lawatan amal 20 pelajar dari kelab Insaniah dan 10 orang kakitangan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi di kediaman Maryuni di sini semalam.

Kunjungan diketuai Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan itu turut disambut Maryuni dan suaminya, Ahmad Faiz Hafiz.Hairuman berkata,semangatnya untuk melanjutkan pelajaran masih berkobar-kobar."Memang saya begitu meminati bidang pendawaian elektrik namun memandangkan keadaan fizikal sekarang, saya mungkin beralih ke bidang lain yang lebih sesuai.“Antaranya seperti perniagaan, seni kraftangan dan melukis. Apapun masa masih panjang dan biarlah saya be nar-benar sembuh,” katanya.Sementara itu, Sohaimi berkata, kunjungan sempena program KPTM Prihatin bertujuan untuk menyumbang derma RM2,093 dan barangan keperluan hasil kutipan pelajar dan kakitangan KPTM Bangi.Pada kejadian 26 November 2010, Hairuman melecur teruk di seluruh badannya selepas terkena renjatan elektrik ber voltan tinggi ketika mengait kelapa sawit bersama rakannya di kebun Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor.Ekoran kejadian itu, doktor menasihatkan agar kedua-dua pergelangan tangan dan kakinya dipotong atas faktor perubatan.

sumber: Akhbar KOSMO,Rabu:22 Jun 2011



Untuk pengetahuan, program KPTM Prihatin ini merupakan cetusan idea mantan setiausaha kelab Insaniah, kak Khairunnisa Ramdan dan segala gerak kerja dipertanggungjawabkan kepada exco kebajikan iaitu saudara Muhd Faisal Muhammad Fazil dan saudari Nur Amirah Md Yusoh. Rombongan ini turut disertai oleh 5 orang penasihat kelab Insaniah iaitu Ustaz Elmi Baharuddin, Ustaz Mohd Fazli Ibrahim, Ustaz Nazir Md Yunoh, Ustazah Nurul Huda Abdul Rashid dan Ustazah Najihah Nazarudin.Segala sumbangan yang diberikan adalah daripada semua warga KPTM Bangi yang prihatin dan turut dibantu oleh pihak kolej. Kelab Insaniah amat memuji kprihatinan warga kolej kerana memahami apa yang dimaksudkan Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:

''Setiap orang-orang yang beriman adalah bersaudara''

Kami berdoa agar segala sumbanga yang telah diberikan akan diangkat dan diterima oleh Allah sebagai amal kebajikan kita semua. InsyaAllah...

Reactions:

3 comments:

khairunnisa ramdan said...

salam...alhamdulillah sume brjalan lancar & apa yang akak hajati pn dh tercapai...moga akan datang kita akan lbh prihatin & melakukan yg lbh trbaik drpda yg sebelumnya...
*p/s nama akak xpyh letak xpe...segan lah...prtolongan pn xseberapa...huhu nama ayah akak salah tu...pape pn thanx ye adik2 sume... @^_^@

Insaniah Club Members said...

asif, nama dah diperbetulkan... takpela, ni cuma laporan... sbnrnya semua org pun bnyk membantu, yg penting kita ikhlas utk membantu dan biar Allah menilai...

izeham said...

salam... boleh saya dapat no tel cik khairunnisa?
-lelaki konvo

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop