Monday, June 27, 2011

Pendaftaran keluarga baru Insaniah


Pada 13 dan 14 hb Jun 2011 (isnin & selasa) yang lalu, kaunter pendaftaran untuk keluarga baru Insaniah telah dibuka di lobi asrama dan lobi kolej bagi pelajar program UiTM tahun 2011. Sesi pendaftaran ini dilakukan secara sederhana sahaja memandangkan pendaftaran sebenar yang melibatkan semua pelajar KPTM Bangi akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak MPP. Namun begitu, sambutan yang diterima sepanjang 2 hari pendaftaran tersebut adalah sangat menggalakkan. Pelbagai persoalan yang diajukan kepada ajk Insaniah yang bertugas oleh adik-adik ini menunjukkan betapa mereka berminat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai kelab Insaniah.




Seramai lebih 150 orang pelajar telah mendaftar sebagai ahli rasmi kelab Insaniah. Ada juga pelajar yang mendaftar untuk menjalani kursus Imam Muda dan bilal serta turut serta untuk mengenali keindahan berusrah, baik muslim mahupun muslimah. Selepas pendaftaran untuk ahli baru program homegrown selesai, semua ahli yang telah mendaftar akan dihimpunkan semula untuk menjalani program tautan taaruf. Diharapkan semua ahli baru yang telah berdaftar akan mengaktifkan diri dalam segala program-program yang telah dirancang sepanjang semester ini dan seterusnya. Kami juga berasa gembira kerana kebanyakan pelajar ambilan semester kali ini menunjukkan minat yang mendalam untuk menjadi perintis agama dan akhlak di Kolej Poly-Tech MARA Bangi sejajar dengan moto kelab Insaniah.

Sekian Wassalamualaikum...

Reactions:

3 comments:

Anonymous said...

Salam. bila taaruf akan berlangsung ya ?
-abdullah-

Insaniah Club Members said...

waalaikumussalam... enta ahli baru ke?? InsyaAllah selepas pendaftaran rasmi yang akan diadakan selepas seminggu pendaftaran pelajar homegrown KPTM.. tarikh tu kita ikut takwim kolej

Anonymous said...

wasalam. iya ana ahli baru.
okey, syukran jazilan ya akhi..^^

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop