Kita harus mengambil iktibar bahawa setiap dugaan Allah datang dalam pelbagai bentuk. Namun kita wajib yakin bahawa setiap yang berlaku itu datang daripada Allah dan sentiasa datang bersama hikmah yang perlu kita insafi. Kita hanyalah insan kerdil yang mampu memohon agar disayangi disetiap ketika. Yakin lah bahawa Allah yang mencipta penyakit, DIA jugalah yang akan menyembuhkannya. Sepertimana firman Allah:
"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku
Sedikit info menarik
Hari Denggi ASEAN telah diputuskan untuk diamati pada setiap 15 Jun oleh pegawai kesihatan di Asia Tenggara dalam usaha untuk kesedaran masyarakat dan akhirnya mengekang penyakit yang berpunca dari virus nyamuk. Tarikh tersebut telah dipilih kerana Jun adalah bulan di mana jumlah kes demam berdarah cenderung berlaku di 10 negara Asia. Untuk mengelakkan penyebaran penyakit ini, pihak berkuasa kesihatan menyarankan masyarakat untuk membantu mencegahnya dengan mengeringkan tangki air terbuka, yang meliputi bekas air bersih dan membuang bekas air yang tidak digunakan. Kebersihan masih merupakan kunci untuk mencegah penyakit. Sekiranya ada tanda-tanda dan gejala, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan segera. Hari Denggi ASEAN akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Jun 2011 ini.
''adakah nyamuk-nyamuk ini telah merancang untuk menyerang semasa Hari Denggi Asia??''
Namun yang pastinya, nyamuk adalah rahsia Allah yang besar sehingga disebutkan di dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan, "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik."(Al Baqarah, ayat 26)
0 comments:
Post a Comment