Dalam mesyuarat tersebut dianggarkan seramai 100 orang ahli baru dan 2 orang penasihat kelab telah hadir. Ucaptama telah disampaikan oleh presiden Kelab Insaniah iaitu saudara Amir Farhan Mohd Fathil dengan harapan beliau agar semua ahli kelab dapat menyumbangkan komitmen untuk tujuan dakwah melalui program-program kelab. Seterusnya, Saudari Atikah Md Isa turut menyampaikan harapan beliau agar setiap ahli dapat bekerjasama dan ikhlas dalam berorganisasi. Paling menarik ketika perasmi majlis merangkap penasihat Kelab Insaniah menyampaikan ucapan dengan pengisian yang boleh dijadikan panduan dan teladan dalam mehnah perjuangan menyebarkan dakwah dan menyuburkan Islam di bumi KPTM Bangi. Menurut beliau, tanggungjawab dakwah adalah terletak ditangan setiap orang yang bergelar muslim. Sepertimana sabda Rasulullah:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)
- Mengajak pelajar-pelajar kembali mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian.
- Menyuburkan kegiatan kerohanian melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.
- Menjadi medan tarbiyyah untuk melahirkan pemimpin masyarakat.
- Membuka peluang kepada pelajar untuk bersedia menghadapi cabaran.
- Melahirkan pelajar Islam yang peka tentang isu semasa dan dunia Islam.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. |
2 comments:
assalamualaikum .
kenapa tak masukkan lebih banyak gambar lagi?
waalaikumussalam... minta maaf sbb tak smpat nak masukkan semua... InshaAllah nnt kita masukkan khas utk gambar je..
Post a Comment