Saturday, July 23, 2011

KEPUTUSAN RASMI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA 2011 KALI KE-53



Keputusan Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53:

Pemenang Qari:
Johan- 89.26 Amirahman Hj Abas Malaysia
Naib Johan- 88.67 Mohamad Saudi Gandisa Filipina
Ketiga- 87.88 Abdel Bast Mohamed Mesir


Pemenang Qariah:
Johan- 88.33 Hjh Suraya Binti Abu Hassan Malaysia
Naib Johan-88.30 Hajjah Noor Khalidah Kaspul Anwar Indonesia
Ketiga-86.17 Nur Azizah Bt Solichin Singapura

p/s: Tahniah BP ucapkan kepada Qari dan Qariah Malaysia Kerana menjadi Johan Bagi Qari dan Qariah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53 tahun ini. Syabas diucapkan!!

Johan tilawah akan membawa pulang sebuah piala iringan, wang tunai sebanyak RM32,200 beserta cenderamata dan Sijil Penyertaan, Naib Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai berjumlah RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan. Bagi tempat ketiga pula Qari dan Qariah akan menerima wang tunai sebanyak RM 13,600, cenderamata dan juga sijil penyertaan. Selain itu, hadiah sagu hati kepada setiap penyertaan adalah berupa wang tunai berjumlah RM 4,800, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Dengan ini kami Kelab Insaniah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Qari Qariah yang turut serta terutamanya dari Malaysia yang memartabatkan Kalamullah...

Apa-apa pun, jom kita saksikan bacaan Qari dan Qariah Malaysia pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop