Tuesday, July 19, 2011

Mesyuarat Agung Kelab Insaniah 2011



Pada 13 Julai 2011 yang lalu bersamaan dengan 11 Syaaban 1432 H yang lalu, Kelab Insaniah KPTM Bangi telah mengadakan Mesyuarat Agung edisi pertama bagi tahun 2011. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Kelab Insaniah kepada ahli-ahli baru kelab khususnya disamping membentangkan segala perancangan kelab setiap exco pemegang portfolio.

Dalam mesyuarat tersebut dianggarkan seramai 100 orang ahli baru dan 2 orang penasihat kelab telah hadir. Ucaptama telah disampaikan oleh presiden Kelab Insaniah iaitu saudara Amir Farhan Mohd Fathil dengan harapan beliau agar semua ahli kelab dapat menyumbangkan komitmen untuk tujuan dakwah melalui program-program kelab. Seterusnya, Saudari Atikah Md Isa turut menyampaikan harapan beliau agar setiap ahli dapat bekerjasama dan ikhlas dalam berorganisasi. Paling menarik ketika perasmi majlis merangkap penasihat Kelab Insaniah menyampaikan ucapan dengan pengisian yang boleh dijadikan panduan dan teladan dalam mehnah perjuangan menyebarkan dakwah dan menyuburkan Islam di bumi KPTM Bangi. Menurut beliau, tanggungjawab dakwah adalah terletak ditangan setiap orang yang bergelar muslim. Sepertimana sabda Rasulullah:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Penasihat, Exco dan ajk Insaniah 2011

Beberapa agenda telah dibangkitkan termasuk pembentangan bajet oleh bendahari kehormat dan exco setiap lajnah Kelab Insaniah. Antara intipati pembentangan adalah perancangan program yang telah dilaksanakan atau belum diluluskan yang dikendalikan oleh setiap lajnah, taaruf mengenai peranan setiap lajnah dan harapan masing-masing bagi semester ini.


Dalam mesyuarat ini juga, Kelab Insaniah telah melancarkan penjenamaan semula dari segi logo baru, misi, objektif dan alumni Kelab Insaniah yang telah diberikan nafas baru. Video boleh disaksikan dibawah ini:

Video penjenamaan semula di Youtube

Misi : Mewujudkan suasana keislaman di bumi Kolej Poly-Tech MARA Bangi.

Objektif :
  1. Mengajak pelajar-pelajar kembali mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian.
  2. Menyuburkan kegiatan kerohanian melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.
  3. Menjadi medan tarbiyyah untuk melahirkan pemimpin masyarakat.
  4. Membuka peluang kepada pelajar untuk bersedia menghadapi cabaran.
  5. Melahirkan pelajar Islam yang peka tentang isu semasa dan dunia Islam.
Slogan : ''Perintis Agama dan Akhlak''

Tema : ''Memperbaiki peribadi dengan akhlak Islami''

Dengan itu, harapan kami agar semua ahli baru dan lama dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam segala program-program yang dilaksanakan kerana melalui semua program ini, gerak kerja dakwah dapat disuburkan agar Islam kembali di kawasan yang kita diami. Sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Asr ayat 1-3:


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Reactions:

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum .
kenapa tak masukkan lebih banyak gambar lagi?

Saff Kepimpinan said...

waalaikumussalam... minta maaf sbb tak smpat nak masukkan semua... InshaAllah nnt kita masukkan khas utk gambar je..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop