وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
“ Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “ (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)
-Dalam beribadat, manusia seharusnya menjadikan segala urusan harian sebagai ibadah bermula dari melangkah ke bilik air sehinggahlah dalam hal ehwal pentadbiran sesebuah negara
3) Untuk mengimarahkan dunia
-Memakmurkan bumi dengan agama Allah, bukan menjadi perosak
-Hebat macam mana pun, kena ingat Allah jauh lebih hebat dan kita seharusnya tunduk patuh
Kita perlulah mengembalikan segala sistem Islam dalam segenap aspek kehidupan kerana Islam adalah agama fitrah yang memenuhi segala tuntutan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Kami tertarik bila Dr Roslan menegaskan ayat bahawa Allah tidak pernah menzalimi manusia bahkan manusialah yang sering menzalimi Allah Azza Wajalla. Beliau turut menyebut satu hadis nabi yang bermaksud
''Akan tiba satu masa, negara akan ranap ketika ia mengalami kemajuan disebabkan 2 perkara:
1) Ramai orang yang berpenyakit dan jahat mengatasi orang-orang yang alim dan patuh
2) Apabila pemimpin dari kalangan orang-orang munafik kepada Allah
Manakala Dr Azhar Yaacob memulakan syarahnya dengan membacakan ayat dari surah Saba' ayat ke 15 yang bemaksud:
''Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba` satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri (kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun''
Berdasarkan ayat ini, kita dapat melihat bahawa sehebat mana negeri yang dikurniakan Allah dengan segala macam nikmat akan ranap binasa jika rakyatnya ingkar dengan suruhan Allah. Seterusnya, Dr Azhar menyenaraikan 5 tiang yang mendasari Baldatun Toiyibatun Warabbun Ghafur berdasarkan initipati dari surah An Nahl ayat 90 iaitu bersifat adil, ihsan, melarang kekejian, melarang kemungkaran dan melarang kezaliman. maka jika ada pemerintah yang melakukan kezaliman, negeri itu tidak tergolong daripada negeri yang baik dan mendapat keampunan Allah.
Beliau turut berkongsi sebuah sirah dimana ketika Nabi Muhammad menyuruh para sahabat memperbetulkan saff untuk bersolat, namun Sawwad bin Khuzair enggan sehingga Nabi menolak dadanya menggunakan kayu sugi. Selepas itu, turun Malaikat Jibrail menegur tindakan baginda. Sebagai seorang pemimpin yang adil, baginda mohon untuk dihukum qisas oleh sawwad sehingga para sahabat yang lain terkejut terutamanya Saidina Umar yang berang dengan tindakan tersebut. Setelah Rasulullah membuka baju, Sawwad lantas memeluk rasulullah. Ibrah yang kita boleh ambil dalam sirah ini bahawa Rasulullah sehebat-hebat manusia disisi Allah tetap redha dengan hukuman andai bersalah, membuktikan pemimpin tiada immunity untuk dikenakan hukuman jika bersalah dimana senario ini tidak lagi berlaku di zaman sekarang ini. Begitu juga dengan kisah Umar yang sanggup menahan lapar sehingga mengharamkan perutnya untuk menikmati makanan sehingga umat Muhammad merasainya terlebih dahulu. Perwatakan sebeginilah yang diperlukan oleh pemimpin zaman sekarang.
Bergambar kenangan dengan Dr Roslan
Moderator menambah dengan mengungkapkan satu kenyataan yang menyentap hati pendengar iaitu umat Muhammad tidak dikenakan musibah seperti kaum terdahulu seperti diterbalikkan bumi, banjir besar dan sebagainya, tapi kita ditimpa musibah yang jauh lebih besar iaitu ditutup mata hati daripada menerima hidayah Allah sehingga yang zalim dilihat sebagai adil, bid'ah sebagai sunnah dan Jahilliyah sebagai Islam.
Panel juga menegaskan bahawa perkara paling penting dalam mewujudkan negara impian umat ini adalah dengan pembentukan nilai-nilai islami sebagai individu muslim dan memperkasakan institusi kekeluargaan dengan mendidik anak-anak menjadi anak yang mencintai Islam. Usaha sebegini mampu menghalang cabaran-cabaran sekularisme yang ditunjangi oleh iblisme yang kian merebak bagaikan penyakit dalam masyarakat Islam kini. Dr Azhar juga menasihati agar sentiasalah meluangkan masa dengan Allah, kalau tidak, Allah tidak akan ada masa bagi kita. Akhir sekali jadilah manusia yang didalam jiwanya ada Al-Quran dan cintakan Islam. Hafazlah Al-Quran kerana itulah senjata terakhir umat Islam dalam mendepani cabaran-cabaran yang kian menghimpit dan menyepit umat.
Diharapkan agar perkongsian serba ringkas ini mampu memberi kesedaran dan ilmu kepada pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan hadir di majlis ilmu ini. semoga kita semua diberkati untuk menjadi ejen mewujudkan negara yang sebut sebagai Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur atau negeri yang sejahtera dan sentiasa diampunkan Allah. Jazakallah khairan Jaza'.
Wallahualam...
0 comments:
Post a Comment