Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Agung Israk Mikraj

Sempena memperingati peristiwa agung yang berlaku pada 27 Rejab iaitu Isra' Mikraj, Kelab Insaniah mengajak semua sahabat sahabiah sekalian untuk mengambil ibrah dan pengajaran disebalik peristiwa agung ini. Bacalah artikel dibawah ini sehingga habis dan ketahuilah hikmah disebalik peristiwa ini, semoga kita semua mendapat keberkatan dan hidayah daripadanya.


Tuesday, June 28, 2011

KPTM Prihatin INSANIAH Berkebajikan


TANJUNG MALIM - Setelah hampir sebulan dibenarkan keluar selepas enam bulan terlantar di hospital, mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon, 22, semakin cekal menyesuaikan diri dengan keadaan fizikal barunya.Menurutnya, berkat dorongan keluarga terutama kakaknya, Maryuni, 32, dia kini mampu melakukan beberapa aktiviti fizikal asas seperti makan dan minum sendiri tanpa bantuan.
“Namun luka lama masih belum sembuh sepenuhnya. Kulit saya tidak boleh terdedah lama dengan cahaya matahari mahupun cuaca panas. Jika tidak, akan berlaku komplikasi pendarahan.

Monday, June 27, 2011

Pendaftaran keluarga baru Insaniah


Pada 13 dan 14 hb Jun 2011 (isnin & selasa) yang lalu, kaunter pendaftaran untuk keluarga baru Insaniah telah dibuka di lobi asrama dan lobi kolej bagi pelajar program UiTM tahun 2011. Sesi pendaftaran ini dilakukan secara sederhana sahaja memandangkan pendaftaran sebenar yang melibatkan semua pelajar KPTM Bangi akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak MPP. Namun begitu, sambutan yang diterima sepanjang 2 hari pendaftaran tersebut adalah sangat menggalakkan. Pelbagai persoalan yang diajukan kepada ajk Insaniah yang bertugas oleh adik-adik ini menunjukkan betapa mereka berminat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai kelab Insaniah.


Siti Fatimah RA Dan Pembantu Rumah

alt

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Sunday, June 19, 2011

Lawatan Ukhuwah Denggi


13JUN2011,ISNIN- Satu lawatan tidak rasmi telah dilakukan oleh beberapa ahli insaniah setelah mendapat berita bahawa saudara Muhd Faisal bin Muhamad Fazil, exco Lajnah Kebajikan Kelab Insaniah dimasukkan kedalam wad disebabkan terkena jangkitan nyamuk Denggi. Beliau mendapat rawatan di Hospital Serdang dan ditempatkan di wad 7D katil nombor 15. Lawatan ukhuwah ini menunjukkan keprihatinan ahli kelab Insaniah atas kebajikan setiap ahli. Kini beliau telah dibenarkan keluar hospital atas keadaan kesihatan yang semakin baik.

Selamat Hari Bapa


Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.

Islam meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormatinya, berbuat baik dan berkata dengan sopan.

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.


HAMPIR MENGGADAI SEBUAH KEIMANAN HANYA KERANA 20 SEN



✿ HAMPIR MENGGADAI SEBUAH KEIMANAN HANYA KERANA 20 SEN ✿ ܓ

...Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

KISAH MUSTAFA KAMAL ARTARTUK ...kematian yang menyiksakan...




Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Saturday, June 18, 2011

Bayangkan sejenak.....




Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.....
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di
muka pintu rumah kita,

MENGUMPAT...??




Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Pentingnya usrah, muzakarah berkelompok, smart circle dan sewaktu dengannya


Usrah/smart circle/muzakarah berkelompok merupakan tunjang sesuatu jemaah ataupun persatuan. Kalau usrah kemas dan berjalan dengan baik natijahnya kesatuan dalam jemaah atau kumpulan itu kuat dan kukuh, tetapi kalaulah perjalanan usrah itu lembab dan tak bermaya, akan lahirnya kumpulan yang lemah dan tak berkembang.

Friday, June 17, 2011

Siapa kata jadi perempuan senang???



siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Wednesday, June 15, 2011

FENOMENA AGUNG 2011


Pada awal pagi 16 Jun 2011, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi.

Thursday, June 9, 2011

Solat selepas Haid: kesilapan wanita



Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!


Monday, June 6, 2011

Cinta Fitrah vs Cinta Fitnah



Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatiri berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

AWAS WABAK PALING BERBAHAYA DEKAD INI

WABAK E.COLI DARI TUMBUHAN SEPERTI TIMUN



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop