Friday, October 25, 2013

Nikmat dan Musibah Ujian Dari Ilahi

Assalamualaikum 

Sedikit perkongsian buat semua. InsyaAllah.
Renungan sejenak sebagai hamba Dia Yang Maha Berkuasa. 

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Sama seperti tadi, dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Oleh kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiann-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


 Apa pengajaran yang boleh kita ambil ya dari cerita di atas ? :)

Kita sebagai hamba Allah Yang Maha Besar wajib sentiasa mengingati Dia. Ketika senang atau susah. Jangan hanya ingat Si Dia ketika waktu ditimpa musibah sahaja. Allah menghadiahkan kita nikmat sebagai satu ujian. Allah uji apakah kita mensyukuri atau sudah leka tika mendapat nikmat itu. Malah Allah menghantarkan musibah/kesakitan/kegagalan atau mungkin kekecewaan juga sebagai satu ujian buat kita. 

Kita akan sentiasa diuji oleh Yang Maha Esa. Selagi manusia itu hidup bernyawa, masalah dan ujian tetap wujud. Bersyukurlah dengan apa jua yang "dihadiahkan" kepada kita. Hatta ujian itu seberat beban yang tidak mampu ditanggung, kerana ada hikmah yang tersembunyi disebalik itu.

Bicara tentang syukur ini. Teringat pula saya akan lagu yang amat popular dendangan sebuah kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di negara kita ini. Ayuh dengar , halwa telinga di pagi hari .


Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Shalawat ke atas nabi, Muhammad ya Rasulallah
Shalawat ke atas nabi, ya Rasulallah



Friday, August 23, 2013

Begitu Kejamnya Kita .

KISAH 3 LELAKI KEJAM !!!

Tiga org lelaki yg sedang mabuk bertanding utk menentukan siapa yg paling kejam .

Lalu lelaki yangg pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah , lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinganya , akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar .

Lelaki itu berpusing menghadap dua lelaki tadi dan berkata dgn bangganya " akulah org yg PALING KEJAM !! " .

Tidak berpuashati , lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu , merogolnya dan terus menecekik perempuan itu sehingga mati , lalu berkata sambil mendabik dada " tidak ada siapa yang lebih KEJAM drpd aku !! " .

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum , dia menjawab " AKULAH YANG PALING KEJAM . Aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku " .

Perempuan itu adalah Palestin/Syria/Rohingya/Mesir !! Lelaki pertama ialah Israel !! Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat !! Lelaki ketiga pula ialah UMAT ISLAM !! Yang hnya berdiam diri dan melihat apa yg terjadi !!

Mahukah kita sekejam lelaki ketiga ?? 
perkongsian daripada seorang sahabat
 
Jom kita sama-sama bacakan doa .
Untuk Mesir , Untuk Islam .
 

Saturday, August 3, 2013

Nota Cinta Ramadhan

Fajar kini menginjak empat, 
Dan malam ketiga berpisah,
Sebak, lembut melambai dari hati,
Yang masih kecil dan rebung
 
Mulut sedang cuba beribadah,
Kumat kamit merendah diri,
Mengunci benih-benih yang menjengah,
Hati, gamaknya sama,
Menutup kecil-kecil buruk sangka,
Teringat, minta dilupakan,
Terpendam, minta didamaikan,
Terlanjur, minta diampunkan
 
 
Moga benarlah ia melupus,
Dengan rahmah dan resah taubah,
Indah nian menangis,
Kerna lebihnya gerun tak tercapai,
Cinta Tuhan Maha Memeluk,
Dibanding geletek rasa sang fitrah
 
Apa juapun terlintas,
Semahunya biarkan hanya Engkau di sini,
Meniup roh-roh mahu berubah, berhijrah,
Cukuplah dua puluh lima yang tergadah,
Tak pernah ampuh tanpa khasyiatullah
 
Kebil rayu yang sayu,
Tersenyum kerna masih mampu,
Menjaga jiwa segenap anggota,
Namun masihlah terus ia merintih,
Memohon untuk menangis
 
Moga akhirnya,
Tersadur hati yang bersih,
Putihnya jernih bersama makna-makna Al-Quran,
Untuk pimpin bahagia untuk ke Sana.
 
 
Sumber : iluvislam.com

Friday, June 21, 2013

Allah Tidak Pernah Jauh - Berdosa.. Bukan Alasan Menjauhi-Nya ( Part 1 )

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Semua manusia pernah berdosa. Pendosa yang baik adalah yang bertaubat setelah berdosa. Berfikir tentang dosa, tiada siapa yang mahu menambahkan kredit akaun dosa. Tiada siapa yang mahu hidup dalam kesesakan dosa.

Tapi kita sentiasa hidup dalam lautan dosa dek perbuatan sendiri. Benar, semua orang melakukan salah dan silap yang mengundang dosa besar mahu pun kecil. Tapi, itu tidak sepatutnya dijadikan  alasan untuk kita membiarkan diri hanyut dalam lautan dosa. 

Bila kita melakukan salah dan silap, biasanya kita akan mengelak daripada bertembung dengan kesan perbuatan tersebut. Tapi sebenarnya, bolehkah kita berpaling daripada Allah SWT apabila sering berdosa? 

Kalau berpaling daripada DIA, kepada siapa  mohon diampunkan dosa?

Kita Berdosa.. Bukti Kekerdilan Diri

Melalui kehidupan sehari-hari, melakukan kesilapan itu sebahagian fitrah diri manusia. Tiada siapa yang tidak pernah melakukannya. Kita semua termasuk golongan orang yang melakukan dosa. Dosa itu pula ada dosa pada diri sendiri, dosa kepada orang lain dan dosa terhadap Allah SWT. Apabila menzalimi diri sendiri, perasaan bersalah itu akan terbit. Mungkin juga timbul satu perjanjian dengan diri sendiri bahawa kita tidak akan melakukan perbuatan itu lagi. 

Begitu juga dengan manusia lain. Rasa bersalah itu pasti ada. Adakalanya ia menghantui diri. Kadangkala juga kerana ego yang tinggi, perasaan bersalah terhadap orang lain akan ditenggelamkan dengan ungkapan, "alah, biarlah."

Kata hati menjadi saksi tentang dosa yang ada pada diri. Pada saat kita melakukan perkara salah, kata hati akan menyalahkan diri, menuduh dan menghukum dengan rasa bersalah. Tetapi kerana keegoan yang berjaya meninggi, maka perasaan bersalah itu diketepikan dan dibiarkan berlalu. Kalau boleh, berusahalah untuk mengelak daripada memikirkan perkara tersebut. 

Tapi, bagaimana dosa kita dengan Allah SWT? 

Apabila terbuat salah pada seseorang, akibat dirundung perasaan bersalah lalu meminta maaf, tingkah laku kita apabila berhadapan dengannya tidak akan sama seperti sebelumnya. Sebolehnya, kita akan mengelak dan mengelak. Oh, itu normal. 

Tetapi dengan Allah, kita tidak akan sesekali dapat berbuat demikian. Mungkin jasad mengelak daripada bertemu denganNya, (yakni enggan solat, tidak menghadiri majlis ilmu atau menjauhi alim agama) . Hakikatnya, hati yang diciptakan suci secara fitrah itu akan menerbitkan perasaan bersalah yang mengecam jiwa.

Apabila tidak menghiraukannya, percayalah kehidupan kita tidak akan pernah tenang walaupun secara zahir penuh dengan kebahagiaaan. 

Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) , padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya - An-Naml : 14

Kalau kita berbuat demikian, adakah Allah SWT yang rugi? 

TIDAK ! TIDAK SAMA SEKALI ! 

DIA yang menciptakan kita. DIA tidak akan rugi atau berkehendak pun kepada kita jika kita berpaling daripadaNya. Sebaliknya, kita yang sangat-sangat bergantung dan memerlukan DIA dalam hidup.

Firman Allah SWT :

Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, DIAlah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. - Fathir : 15


Sunday, May 19, 2013

Kita Pasti Mati

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Perisai tidak akan mampu menahan panah ajal,
Harta tidak akan bisa menolak begitu ia datang,
Segala sesuatu dalam kehidupan kita akan lenyap,
Tiada yang abadi selain amal terpuji. 


Sudah menjadi sunnatullah manusia diciptakan, dihidupkan, dan dibangkitkan kembali. Allah berkuasa atas segala sesuatu. Kehidupan ini adalah suatu permulaan. Kematian merupakan suatu perpindahan dan kebangkitan ialah suatu penutupan, sedangkan syurga merupakan tempat tinggal orang-orang beriman.

Kematian pasti datang dan setiap jiwa akan merasakannya. Kita semua akan mati meski kita berada di sebuah istana.

Mahasuci Allah yang telah menciptakan manusia dengan hikmah yang tinggi dan menjadikannya dengan bentuk yang paling sempurna. Membezakannya dengan akal dan mengistimewakannya dengan pesanan yang mulia iaitu agar menyembah Allah, melakukan kebaikan, dan berjuang di jalan kebenaran, serta mengambil manfaat dari nikmat kehidupan. Hidup di dunia hanya sementara, lama atau sebentar. Kehidupan dunia penuh dengan ujian. Manusia akan mati dan akan dihidupkan kembali pada Hari Perhitungan. Jika dia masuk ke neraka jahanam, itu adalah tempat asal yang paling buruk. Jika dia masuk Syurga Na'im, itu adalah tempat asal yang paling baik. 

Apakah sebenarnya tujuan hidup ini? 

" Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang sebelummu, agar kamu bertaqwa. " (Al-Baqarah : 21)

" Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu. " (Adz-Dzariyat : 56)

Allah mengajak hambaNya untuk beriman, berbuat kebaikan, dan beramal. Allah melarang mereka untuk berbohong, riak, zalim dan malas berusaha. Allah juga memberitahu bahawa setiap amal akan dicatat dan dihitung. 

Perhitungan amal akan dilakukan pada Hari Kiamat. Hari yang telah dijanjikan kedatangannya. Dia telah mengingatkanakan tibanya Hari Kiamat. Hari diputihkan dan dihitamkan wajah manusia. Tidak ada satu pun yang mampu menghalang perintah Allah SWT. 

" Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi . " (An-Naml : 87)

" Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri-seri, dan ada pula muka yang hitam muram." (Ali 'Imran : 106)

" Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya. Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya. Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah". Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar." (Al-Qaari'ah : 6-11)



Sebahagian petikan daripada buku di atas.  

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul: Cinta Rasul-Rahmat Sekalian Alam


Pada subuh 12 Rabiulawal Tahun Gajah, keadaan Mekkah dan sekelilingnya berada dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa.Cahaya dari tubuh Nabi Muhammad memancar naik ke langit. Keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut tetamu agung Allah yang bakal memberi rahmat sekalian alam yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Mekkah sebelum ini.

Di negeri Parsi, ketika kelahiran Nabi Muhammad api-api keramat kaum Majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak pernah terpadam sejak di hidupkan, telah terpadam saat kelahiran Nabi Muhammad.
Kelahiran Nabi Muhammad juga telah menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Romawi dan menyebabkan menaranya roboh. 

Ketika Rasulullah berumur dua bulan kandungan ibunya Aminah, baginda telah kehilangan ayahnya. Setelah di lahirkan, baginda di pelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusui oleh Halimah binti Abu Zuwaid dari puak Bani Saad Bakri. Begitulah takdir yang ditetapkan oleh Allah terhadap Rasulullah. Sekiranya kita ditempat baginda, tidak dapat melihat ayah sendiri sejak dilahirkan apakah yang perasaan kita?
Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).




Saat Rasulullah bakal meninggalkan bumi Allah ini, langit telah mulai menguning, tetapi burung-burung enggan mengepakkan sayap seolah-olah turut menangisi Rasulullah yang telah memberi rahmat kepada sekalian alam.

Dengan suara terbatas, Rasulullah memberikan khutbah terakhir :

'' Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNYA. Maka taati dan bertakwalah kepadaNYA. Ku wariskan dua perkara pada kalian, iaitu Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku..''

Khutbah singkat itu di akhiri dengan pandangan Rasulullah yang tenang dan penuh minta menapata wajah sahabtnya satu persatu..

Saat itu....
Abu Bakar mentap mata itu dengan berkaca-kaca,
Umar dadnya naik turun menahan nafas dan tangisnya,
Usman menghela nafas panjang,
dan Ali menundukkan kepalanya..

Saat mendekati kematian, Jibril mendekati Rasulullah di samping malaikat maut disis. 
Rasulullah bertanya : Jibril, jelaskan apa hakku di hadapan Allah nanti?
Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
'' Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga telah terbuka lebar menanti kedatanganmu..'' kata Jibril.

Tapi kata-kat itu tidak membuatkan Rasulullah lega. Matany masih penuh dengan penuh kecemasan.
'' Engkau tidak senang mendengar khabar ini..?'' Tanya Jibril lagi.
'' Khabarkan bagaimana nasib umatku kelak..? '' 
 Jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku :
'' ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya..'' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat..
Izrail melakukan tugasnya.
Perlahan-lahan roh Rasulullah di tarik.
'' Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini..''
'' Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku..''

dan berakhirlah hidup manusia yang telah memberi sinar dan rahmat kepada sekalian alam dengan kata-kata terakhir..'' ummatii, ummatii, ummatiii...'' umatku, umatku, umatkuuu....

Betapa kasihnya Rasulullah kepada kita. Betapa cintanya baginda terhadap kita. 
Saat kematian, baginda memikirkan kita. Umatnya. 
Sedangkan kita? Berapa banyakkah kasih kita kepada baginda? apakah buktinya? 



Wahai sahabat-sahabatku, marilah kita mengenag kembali setiap pengorbanan Rasulullah saat hidupnya dahulu dalam menyebarkan syiar Islam. Dan hari ini? lahirnya kita juga dalam Islam. 
Bersyukurlah kita dan sama-samalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah dan mengamalkan apa yang telah di tinggalkanNya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Cintailah baginda sebagaimana cintanya baginda terhadap kita. In Syaa Allah kita akan dapat bertemu baginda dan mendapat syafaatnya di akhirat sana nanti. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Bukan hanya pada hari ini sahaja tetapi berselawatlah ke atas baginda setiap hari. In Syaa Allah..Wallahu'alam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop