Friday, October 25, 2013

Nikmat dan Musibah Ujian Dari Ilahi

Assalamualaikum 

Sedikit perkongsian buat semua. InsyaAllah.
Renungan sejenak sebagai hamba Dia Yang Maha Berkuasa. 

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Sama seperti tadi, dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Oleh kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiann-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


 Apa pengajaran yang boleh kita ambil ya dari cerita di atas ? :)

Kita sebagai hamba Allah Yang Maha Besar wajib sentiasa mengingati Dia. Ketika senang atau susah. Jangan hanya ingat Si Dia ketika waktu ditimpa musibah sahaja. Allah menghadiahkan kita nikmat sebagai satu ujian. Allah uji apakah kita mensyukuri atau sudah leka tika mendapat nikmat itu. Malah Allah menghantarkan musibah/kesakitan/kegagalan atau mungkin kekecewaan juga sebagai satu ujian buat kita. 

Kita akan sentiasa diuji oleh Yang Maha Esa. Selagi manusia itu hidup bernyawa, masalah dan ujian tetap wujud. Bersyukurlah dengan apa jua yang "dihadiahkan" kepada kita. Hatta ujian itu seberat beban yang tidak mampu ditanggung, kerana ada hikmah yang tersembunyi disebalik itu.

Bicara tentang syukur ini. Teringat pula saya akan lagu yang amat popular dendangan sebuah kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di negara kita ini. Ayuh dengar , halwa telinga di pagi hari .


Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Shalawat ke atas nabi, Muhammad ya Rasulallah
Shalawat ke atas nabi, ya Rasulallah



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop