Lebah menghasilkan madu yang melebihi daripada keperluannya dan                menyimpannya di dalam sarang. Bentuk heksagon sarang lebah ini telah                amat dikenali oleh semua orang. Pernahkah kamu terfikir, mengapa                lebah membina sarang berbentuk heksagon bukannya oktagon, atau pun                pentagon?
             
               Ahli                matematik yang mencari jawapan kepada persoalan ini telah mencapai                satu konklusi menarik: "Heksagon adalah sebuah bentuk geometri                yang paling sesuai untuk kegunaan maksimum sesuatu kawasan".Sebuah                sel heksagon memerlukan jumlah yang paling minimum untuk pembinaannya                serta memuatkan jumlah madu yang maksimum. Oleh itu, lebah menggunakan                bentuk yang paling sesuai.

              Cara yang digunakan untuk membina sarang lebah ini juga amat menakjubkan:                lebah-lebah ini memulakan pembinaan sarangnya daripada dua-tiga                tempat yang berbeza dan menganyam sarang ini serentak di dalam dua-tiga                pintalan. Walau pun, mereka memulakan pembinaan di tempat-tempat                yang berbeza, lebah-lebah ini, yang terdiri daripada jumlah yang                besar, membina heksagon yang ideal dan kemudian menyulam sarang                lebah ini dengan menggabungkannya dan bertemu di tengah.
             
               Titik                sambungan heksagon disambung dengan begitu baik hinggakan tidak                terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ia telah disambungkan.                Berhadapan dengan hasil yang menakjubkan ini, kita terpaksa mengakui                kewujudan satu kehendak penguasa tertinggi yang memerintahkan makhluk-makhluk                ini. Para evolusionis cuba menjelaskan hasil ini dengan konsep "naluri"                dan cuba memperkenalkannya sebagai satu sifat lebah.

              Bagaimana pun, sekiranya terdapat naluri dalam pekerjaan, dan sekiranya                ia meliputi seluruh lebah dan menyebabkan mereka dapat bekerja dengan                harmoni walau pun tanpa perlu berinteraksi antara satu sama lain,                maka ini menunjukkan terdapatnya Kebijaksanaan Agung yang memerintah                semua makhluk-makhluk kecil ini. Jelasnya, Allah, pencipta kepada                semua makhluk-makhluk kecil ini, telah memberikan mereka "inspirasi"                terhadap apa yang mereka lakukan. Kenyataan ini telah dijelaskan                di dalam al-Quran empat belas kurun yang lalu:
              
              Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau                membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga                di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah                dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),                serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan                dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam                badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi                penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya                pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)                bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl: 68-69)
 
 11:43 AM
11:43 AM
 Insaniah Club Members
Insaniah Club Members
 
 Posted in:
 Posted in:  

 Posts
Posts
 
0 comments:
Post a Comment