
Sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini  mengganggu hidup  harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.
Wednesday, January 19, 2011
 Sampaikan  kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah . 
  Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan: 
  1. Zalituun  Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.  Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 
  2. Wathiin  Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 
  3. A'awan  Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.  Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak  mahu mendengar nasihat para ulama. 
  4. Haffaf  Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di  tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras). 
   5. Murrah  Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. 
  6. Masuud  Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut. 
  7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)  Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,  Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri  bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang  pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). 
  8. Walahaan  Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain. 
  9. Lakhuus  Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Jadi berhati-hatilah kita dengan godaan syaitan.
 
 10:23 PM
10:23 PM
 Insaniah Club Members
Insaniah Club Members
 
 Posted in:
 Posted in:  








 
 
 

 

 
 



 
 Posts
Posts
 
 
0 comments:
Post a Comment