Wednesday, January 19, 2011


Sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Jadi berhati-hatilah kita dengan godaan syaitan.

Thursday, January 13, 2011

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Peringatan: Karya ini dipetik dari sebuah blog untuk dikongsi..

Monday, January 10, 2011

KEAJAIBAN BASMALAH

SYEIKH MUHAMMAD AS-SANWANI, Grand syeikh Al-azhar Mesir yang ke-13, dalam kitabnya yang bernama "Hasyiyah Ala-Mukhtasar Ibnu Jamrah" yang berisi penjelasan kitab Mukhtashar Shahih Bukhari, menulis beberapa kisah nyata tentang keajaiban basmalah.

Di antaranya, beliau menuturkan:
" Suatu ketika Abu Hurairah Radihiyallahu 'anhu salah seorang sahabat nabi terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk,segar, rapi dan memakai baju yang elok.Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin yang kurus, kering,kusut dan telanjang.

Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus: "Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut masai dan telanjang?"

Syaitan kurus itu menjawab:
"Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmalah menyebut nama Allah.Ketika hendak makan atau minum, ia membaca basmalah, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak wangi, ia menyebut nama Allah, maka aku tetap kusut.Dan ketika memakai baju, ia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang!"

Syaitan Gemuk itu menyahut:
"Kalau begitu aku beruntung.Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas.Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh ikut minum.Ketika memakai minyak wangi, ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai minyak wanginya. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai pakaiannya."



Ulasan: Begitu hebatnya faedah membaca Basmalah sehingga segala segala rencana Syaitan terganggu. Bahkan Rasulullah S.A.W sangat mengalakkan supaya seluruh umatnya membaca basmalah dengan menyebut nama Allah pada setiap permulaan bagi apa pun. Justeru itu, agar segala perbuatan kita tidak dapat diganggu syaitan. Wallahualam.

Peringatan: Kisah diatas ini dipetik dari novel karya Habiburrahman El-Shirazy yang bertajuk "Di Atas Sajadah Cinta".


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop