Friday, April 20, 2012
10 Muwasafat Tarbiyyah
9:27 AM
Insaniah Club Members
No comments
بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ
الرَّحَيْم
1)Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan. Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.
2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai
perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi." Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur,
sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang
penting.
4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga
tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu,
meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah
lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah
sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal
kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan,
menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap
sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara
penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam
sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir.
Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan
nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan
hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan
kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga
tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan
orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan
Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang
da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan
sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam
hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Friday, April 6, 2012
Amal Jariah di Zoo Negara
3:07 PM
Insaniah Club Members
1 comment
Lajnah Hal Ehwal Putera Puteri Insaniah ( HEPPI ), Kelab Insaniah Kolej Poly-Tech MARA Bangi telah berjaya mengadakan Program Kebajikan di Zoo Negara pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 31 Mac 2012 baru-baru ini seramai 40 orang yang terdiri 3 orang penasihat Kelab Insaniah iaitu Ustaz Mohd Fazli Bin Ibrahim, Ustaz Elmi bin Baharuddin dan Ustazah Nurul Huda Binti Abdul Rashid. Program ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada semua pelajar Kolej Poly-Tech MARA Bangi kerana kebanyakan daripada mereka tidak pernah membuat kerja amal di Zoo Negara.
Semua peserta berkumpul di lobi Asrama Desasiswa Kolej Poly-Tech MARA Bangi pada pukul 6.45 pagi. Perjalanan kami dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Pengarah Program iaitu Fatin Nabilah Binti Ismail tentang syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Zoo Negara. Semua peserta bertolak daripada asrama pada pukul 7.15pagi dan perjalanan kami hanya mengambil masa selama 45 minit. Setibanya kami di Zoo Negara pada pukul 8.00pagi, kami berkumpul di depan Pejabat Education Department dan diberi taklimat ringkas daripada Cik Nabihah, Staff Education Department Zoo Negara.
MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK HAIWAN
ZIRAFAH
KANCIL
HARIMAU
Beberapa Zoo Keeper akan dipecahkan kepada 7 sekyen yang terdiri daripada 5 atau 6 orang sukarelawan. Setiap seksyen akan dibawa ke kandang masing-masing untuk diberikan tugas oleh Zoo Keeper seperti kandang burung, zirafah, gajah, seladang, rusa, tapir, kancil, kambing, keluang, beruang, pademalon dan lain-lain. Kami diberikan tugas untuk membersihkan kandang, mandikan haiwan dan memberikan haiwan makan.
KANCIL
BURUNG
KELAWAR
PENYU
ULAR
GAJAH
MEMBERISHKAN KANDANG ZIRAFAH
Pihak KPTM BANGI ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf kepada semua peserta Program Kebajikan di Zoo Negara di atas kelancaran selama program ini berjalan. Disini juga kami berpeluang melihat haiwan yang selama ini hanya dilihat di kaca televisyen berada di depan mata. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Akan sentiasa diingati bersama. Akhir sekali, kami pulang pukul 5.15 petang dan selamat sampai ke Asrama Desasiswa Kolej Poly-Tech MARA Bangi pada pukul 6.20 petang.