Sunday, March 11, 2012

Kejadian Jin, Iblis dan Bunian

JIN

Kalau manusia mengambil masa 9 bulan 10 hari untuk mengandung dan melahirkan anak. Jin pula apabila di sentuh alat kelamin jin lelaki dan jin perempuan. Maka jin perempuan itu akan terus mengandung dan melahirkan anak yang terus mukallaf. Maka ia akan berterusan hingga ke hari kiamat.

IBLIS

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dan paha kiri pasangannya lalu akan mengeluarkan 33 biji telur. Dalam setiap biji itu ada 33 pasang benih. Tiap-tiap pasang benih apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri pasangannyaakan mengeluarkan benih seperti yang terdahulu. Maka begitulah caranya pembiakan jin dan iblis hingga ke hari kiamat.

BUNIAN

Bunian atau orang ghaib adalah campuran lelaki atau perempuan jin dengan lelaki atau perempuan manusia. Anak yang terhasil dari percampuran ini dinamakan bunian. Perangai dan tungkah laku dalam beberapa perkara-perkara mengikut manusia dan sebahagiannya lagi mengikut jin

Jika asal usul manusia adalah Nabi Adam, asal usul Jin pula adalah dari datuk mereka ‘ JAAN ‘ yang sangat beriman dan melahirkan keturunan yang beriman juga. Selepas itu barulah terdapat keturunan Jaan yang kufur.

ASAL KEJADIAN JIN

‘MAARIJ’ bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau ‘AL-LAHAB’ iaitu jilatan api yang bercampur antara satu sama lain iaitu merah,kuning,hitam dan biru. Sesetengah ulama’ mengatakan ‘Al Maarij’ ialah api yang sangat terang memiliki suhu yang amat tinggi hingga bercampur antara merah,kuning,hitam dan biru.

Sesetengah pendapat lain mengatakan ‘Al Maarij’ ialah api yang bercampur warnanya dan sama makna dengan ‘As Samuun’ iaitu api yang tidak berasap dan sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang sangat sebati dengan ‘Al Maarij’ itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut hadis yang diriwayatkan Ibnu Masaud, angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada 70 bahagian Samuun yang sangat panas.

Daripada api yang sangat panas itu Allah jadikan Jin, iaitu dari sel atau atom daripada nucleus-nukleus api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa kepadanya maka jadilah ia seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga diberi kelebihan bagi menzahirkan rupa seperti mana yang dikehendaki kecuali rupa Rasulullah mengikut tahap dan kemampuannya.

Jin juga diperintahkan Allah supaya mengikut syariat Islam. Setelah ditiupkan roh, rupa jin yang sebenarnya hanya diketahui oleh Allah dan Rasulnya. Menurut sesetengah ulama’, rupa,tabiat dan kelakuan jin hamper 90% menyamai manusia, namun ada juga yang mengatakan sebaik-baik jin itu adalah sama seperti sejahat-jahat manusia.

Asal campuran kejadian manusia ialah jisim ‘Kathif’ iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf campuran api dan angin dan Nurani iaitu akal, roh,nafsu dan hati yang dinamakan ‘Latifur Rabbaniah’ sesuai dengan kejadian sebahagian sebaik-baik kejadian dan ‘khalifah’ dimuka bumi. Manakala kejadian Jin pula dari Jisim Syafaf iaitu campuran api, angin dan nurani iaitu roh,akal,nafsu dan hati. Wallahu'alam..




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop