Thursday, March 29, 2012

Disebalik Redha Itu..

Sikap redha dengan ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat – sifat Allah s.w.t seperti Maha Pengasih (al – Rahman), Maha Penyayang (al – Rahim), Maha Bijaksana (al – Hakim) dan Maha Mengatahui ( al – Amin).
Ia menyakini bahawa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas jika dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri.
Dan kerana sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meskipun ketentuan itu kadang terasa pahit.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengatahui, sedang kamu tidak mengatahui.” (Surah al – Baqarah 2:216)

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan. Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang…
Anda juga pernah merasa begitu?
Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.
Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..

Sunday, March 11, 2012

Kejadian Jin, Iblis dan Bunian

JIN

Kalau manusia mengambil masa 9 bulan 10 hari untuk mengandung dan melahirkan anak. Jin pula apabila di sentuh alat kelamin jin lelaki dan jin perempuan. Maka jin perempuan itu akan terus mengandung dan melahirkan anak yang terus mukallaf. Maka ia akan berterusan hingga ke hari kiamat.

IBLIS

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dan paha kiri pasangannya lalu akan mengeluarkan 33 biji telur. Dalam setiap biji itu ada 33 pasang benih. Tiap-tiap pasang benih apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri pasangannyaakan mengeluarkan benih seperti yang terdahulu. Maka begitulah caranya pembiakan jin dan iblis hingga ke hari kiamat.

BUNIAN

Bunian atau orang ghaib adalah campuran lelaki atau perempuan jin dengan lelaki atau perempuan manusia. Anak yang terhasil dari percampuran ini dinamakan bunian. Perangai dan tungkah laku dalam beberapa perkara-perkara mengikut manusia dan sebahagiannya lagi mengikut jin

Jika asal usul manusia adalah Nabi Adam, asal usul Jin pula adalah dari datuk mereka ‘ JAAN ‘ yang sangat beriman dan melahirkan keturunan yang beriman juga. Selepas itu barulah terdapat keturunan Jaan yang kufur.

ASAL KEJADIAN JIN

‘MAARIJ’ bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau ‘AL-LAHAB’ iaitu jilatan api yang bercampur antara satu sama lain iaitu merah,kuning,hitam dan biru. Sesetengah ulama’ mengatakan ‘Al Maarij’ ialah api yang sangat terang memiliki suhu yang amat tinggi hingga bercampur antara merah,kuning,hitam dan biru.

Sesetengah pendapat lain mengatakan ‘Al Maarij’ ialah api yang bercampur warnanya dan sama makna dengan ‘As Samuun’ iaitu api yang tidak berasap dan sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang sangat sebati dengan ‘Al Maarij’ itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut hadis yang diriwayatkan Ibnu Masaud, angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada 70 bahagian Samuun yang sangat panas.

Daripada api yang sangat panas itu Allah jadikan Jin, iaitu dari sel atau atom daripada nucleus-nukleus api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa kepadanya maka jadilah ia seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga diberi kelebihan bagi menzahirkan rupa seperti mana yang dikehendaki kecuali rupa Rasulullah mengikut tahap dan kemampuannya.

Jin juga diperintahkan Allah supaya mengikut syariat Islam. Setelah ditiupkan roh, rupa jin yang sebenarnya hanya diketahui oleh Allah dan Rasulnya. Menurut sesetengah ulama’, rupa,tabiat dan kelakuan jin hamper 90% menyamai manusia, namun ada juga yang mengatakan sebaik-baik jin itu adalah sama seperti sejahat-jahat manusia.

Asal campuran kejadian manusia ialah jisim ‘Kathif’ iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf campuran api dan angin dan Nurani iaitu akal, roh,nafsu dan hati yang dinamakan ‘Latifur Rabbaniah’ sesuai dengan kejadian sebahagian sebaik-baik kejadian dan ‘khalifah’ dimuka bumi. Manakala kejadian Jin pula dari Jisim Syafaf iaitu campuran api, angin dan nurani iaitu roh,akal,nafsu dan hati. Wallahu'alam..




Monday, March 5, 2012

Kursus Kahwin.Tahniah!


Pada 3-4 Mac telah berlangsungnya Program Kursus Kahwin anjuran Kelab Insaniah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Tahniah kepada 170 peserta yang telah berjaya menghadirkan diri selama program ini dijalankan.
Program ini telah bermula pada pukul 8.30 dan berakhir pada pukul 5 petang selama 2 hari.
Selama program ini berlangsung,
peserta didedahkan dengan 8 slot dengan tajuk dan penceramah yang berbeza.
Peserta telah diberikan fail yang mengandungi buku 'Memasuki Gerbang Perkahwinan' dan pamplet berkaitan dengan perkahwinan.

Slot 1 : Perkahwinan dan Prosedur Permohonan mengikut Undang-undang - Ustaz Zainal Abidin
Slot 2 : Akidah dan Ibadah dalam Islam - Ustaz Md Adib Mahyus
Slot 3 : Pengurusan Kewangan dan Masa dalam Rumah Tangga - Ustazah Siti Sarah
Slot 4 : Pengurusan Kesihatan dalam Rumah Tangga - Encik Amiruddin
Slot 5 : Pengurusan Talaq, Taklik, Fasakh dan Prosedur Permohonan Penceraian - Ustaz Abdul Rahim
Slot 6 : Akhlak dan Bentuk Hubungan dalam Rumah Tangga - Ustaz Mohd Azlan
Slot 7 : Bentuk-bentuk Komunikasi Berkesan dalam Rumah Tangga - Ustaz Muhammad Ariffin
Slot 8 : Stress dan Pengurusan Konflik dalam Rumah Tangga - Ustazah Norshadatulnizma

Dengan ceramah yang disampaikan ' direct to the point ' dan penuh dengan lawak jenaka, peserta mudah memahami apa yang disampaikan,
diselang selikan dengan gelak dan tawa.
Dengan adanya ceramah ini juga,
pelbagai ilmu dan panduan yang dapat diperolehi buat
bekalan bagi mereka yang pastinya akan memasuki gerbang alam perkahwinan satu ketika nanti dengan pasangan masing-masing.

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)

Sepanjang ceramah disampaikan,
ada diantara para peserta yang mula mengantuk terutama di waktu petang.
Namun, mereka diberikan gula-gula oleh AJK bertugas bagi mengurangkan rasa mengantuk mereka itu.
Selain itu, makanan turut disediakan kepada para peserta dengan menu yang berbeza-beza.
Jadi, berbaloilah dengan yuran penyertaan sebanyak RM40 berbanding di luar yang sebanyak RM80.
Akhir kata, tahniah! kepada para peserta yang berjaya menghadirkan diri bagi kursus kahwin 2012.
Sijil akan diberikan dalam masa terdekat.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop