Assalammualaikum,Di kesempatan ini Kelab Insaniah KPTM Bangi mengucapkan Salam Maal Hijrah Kepada Seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi Kolej Poly- Tech MARA khususnya kampus Bangi.Dan di kesempatan ini juga Kelab Insaniah menyeru kepada mahasiswa-mahasiswi sekalian untuk sama-sama menghayati ibrah ataupun iktibar dari tahun baru Islam Maal Hijrah 1433,agar ibrah ini dapat kita implementasikan dalam kehidupan kita sebagai warga kampus.
Sebagai umat Islam, kita perlu berpegang teguh kepada ajaran Allah yang telah disampaikan oleh NAbi Muhammad s.a.w. Allah berfirman:
Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah belah
(Al-Imran:101).
Seruan ini sangat jelas di mana kita diminta untuk bersatu padu, jangan berpecah di atas perbezaan-perbezaan ini seharusnya menjadi rahmat, bukan penyebab untuk berpecah belah tetapi seharusnya menjadi pemangkin kesatuan umat.
Hijrah menuntut kita berubah dari keburukan kepada kebaikan. Kita harus menjadikan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun lepas sebagai panduan untuk kita bergerak ke hadapan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Kita tidak mahu melihat ramai nyawa terkorban di atas jalan raya, kita tidak mahu melihat mat rempit bermaharajalela dan seribu macam perkara yang kita tidak mahu lihat.
Ini menuntut kita melakukan perubahan, sama ada perubahan sikap, corak berfikir atau perubahan-perubahan mendasar yang dalam kehidupan sebagai golongan intelektual dalam masyarakat.
Hal ini juga , menuntut umat Islam untuk bersedia dari segi ilmu yang boleh menepis hujah-hujah kumpulan yang ingin merosakkan kemurnian agama Islam. Salain itu,seharusnya umat Islam perlu menimba, mengkaji, menilai, memahami serta menguasai hujah-hujah balas bagi memelihara kesucian Islam.
Sebenarnya Hijrah mempunyai maksud yang sangat luas. Tun Dr Mahathir ketika masih menjadi Perdana Menteri pernah dalam perutusan Maal Hijrah 1422 menyebut bahawa antara mafhum hijrah ialah ia memberi teladan atau pengajaran kepada Umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
Hijrah bukan bermakna melarikan diri atau mengelak daripada masalah, tetapi mengundur untuk menyediakan diri bagi mengatasi cabaran.
Dalam hal ini persiapan diri dalam mencapai ummatan wasatan iaitu umat terbaik kita juga haruslah melalui fasa Hijrah agar kita setanding dengan mahasiswa-mahasiswa di IPT lain.
Wassalam...
Insaniah Club...
Perintis Agama dan Akhlak
0 comments:
Post a Comment