Thursday, September 29, 2011

Apakah Benar Dalam Masyarakat Majmuk Hukum Hudud Tidak Sesuai di Laksanakan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masyarakat kita setiap hari di sogokkan dengan bermacam-macam kekeliruan mengenai hukum-hukum Islam. Hinggakan umat Islam sendiri terpengaruh dan tidak meyakini akan kemuliaan dan kebaikannya, sedangkan sebagai seorang muslim dia wajib mendaulatkan dan melaksanakan undang-undang Allah SWT di muka bumi ini.






Jika bukan Islam mempertikaikan kebaikan dan hikmah yang terkandung di dalam undang-undang Allah SWT kita tidak merasa hairan kerana mereka bukan orang beriman dan tidak pernah diajar untuk mempercayainya. Tetapi kita akan merasai hairan dan bimbang jika orang yang memberi kenyataan dan cuba menafikan kebenaran dan kemuliaan undang-undang Allah SWT adalah terdiri dikalangan umat Islam sendiri.






Kita sering mendengar akhbar arus perdana cuba membawa pandangan negatif dan menganggap hukum-hukum Islam seperti hukum hudud, qisas , diat dan takzir tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara Malaysia di sebabkan Malaysia adalah masyarakat majmuk , malah mendapat sokongan oleh para pemimpin umat Islam sendiri dengan alasan bahawa masyarakat di sini terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Apakah dakwaan itu benar dan dapat diterima?

Mengikut serah Rasulullah SAW , semasa baginda Nabi SAW menegakkan Daulah Islamiah Madinah dan merealisasikan hukum-hukum Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran, ketika itu masyarakat di Madinah adalah terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama. Di Madinah ketika itu adalah terdiri daripada bangsa Yahudi, kabilah Arab daripada Muhajirin dan Ansar, bangsa Habsyah, bangsa Romawi dan Parsi. Bangsa Yahudi yang menguasai ekonomi di Madinah terpaksa akur dan bersetuju memateri perjanjian dengan Kerajaan Islam Madinah dibawah pimpinan Rasulullah SAW. Walaupun selepas itu puak Yahudi ini melanggar perjanjian dengan Rasulullah SAW hinggakan mereka dihalau keluar daripada kota Madinah.

Islam masih meghormati agama Yahudi dan Nasrani dan membenarkan mereka mengamalkan ajaran agama mereka . Sehingga Rasulullah SAW pernah menjatuhkan hukuman zina kepada orang Yahudi berdasarkan ajaran kitab Taurat yang mereka amalkan.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika di kaji secara teliti mengikut sejarah melayu Melaka, bahawa ajaran Islam dan perlaksanaan hukum hudud pernah dijalankan di Tanah Melayu semasa pemerentahan Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum / Undang-undang Islam telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini.
Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslamkan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan takzir.

Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut.

“Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil makruf wa nahi munkar”
Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British, mengandungi 44 fasal dan Undang-undang Melaka yang diselenggarakan oleh Liaw Yock Fang , mengandungi 44 fasal, setelah diteliti dan dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Walaupun tidak dinafikan bahawa di dalamnya terdapat juga unsur-unsur Undang-undang Adat Melayu, namun demikian ianya tidaklah menjejaskan sifat keIslamannya. Peruntukan-peruntukan undang-undang yang terdapat di dalamnya adalah menyeluruh dan luas, ianya mencakupi keseluruhan undang-undang Islam.

Pada mulanya undang-undang adat telah diikuti, akan tetapi apabila orang Melayu mula menganuti agama Islam, maka undang-undang Islam telah diterima dan adat Melayu mula diubah-suaikan supaya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.

Sahabat yang dihormati,
Kenapa kita mencari alasan untuk tidak mendaulatkah hukum hudud, qisas, diat dan takzir dengan dakwaan masyarakat majmuk? Jika kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan merasai merdeka kenapa setelah 54 tahun negara mencapai kemerdekaan tidak ada satu pun undang-undang Islam yang melibatkan hudud, qisas dan diat dilaksanakan?

Jika ada pihak lain cuba memberi penerangan kebaikan hukum hudud maka ada pihak lain yang mempersenda-sendakannya. Dan mendatangkan ketakutan kepada agama lain supaya takut kepada peraturan dan undang-undang Islam.

Kita akui dan memahami bahawa keadaan semasa bahawa perlaksanaan hukum-hukum Islam (hudud, qisas, diat dan takzir) perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan kesedaran perlu diberikan kepada umat Islam dan rakyat seluruhnya sebelum ianya dilaksanakan. Tetapi kita dapati pihak pemerentah tidak lagsung membuka peluang untuk memberi penjelasan kepada rakyat bahawa kebaikan undang-undang Islam dan perlu dipinda perlembagaan Persekutuan supaya memberi ruang yang lebih luas kepada perlaksanaan undang-undang Islam. Undang-undang Islam bukan hanya terdiri darisegi ibadah , munakahat dan faraid sahaja tetapi ianya adalah meragkumi hukum jenayah dan perbuatan sumbang dan dosa besar yang di kenakan dengan hukum hudud.

Hukum hudud bukanlah satu hukuman yang mudah dilaksanakan sekiranya tanpa mempunyai bukti yang kukuh untuk disabitkan satu-satu kesalahan. Jika tidak cukup bukti yang disyaratkan maka tuduhan terhadap zina, mencuri , minum arak dan lain-lain lagi akan ditolak oleh makhamah Syariah maka orang yang dituduh akan bebas daripada tuduhan. Dengan ini memberi hak kepada orang yang dituduh bebas daripada tuduhan tersebut. Malahan orang yang membuat tuduhan pula jika tidak mempunyai bukti yang kukuh akan didakwa. Ini akan memberi pengajaran kepada orang yang membuat tuduhan dan pembuat fitnah supaya berhati-hati sebelum ingin membuat sesuatu tuduhan. Keadilan ini tidak wujud di dalam undang-undang sekarang, pembuat tuduhan dan fitnah bebas melakukan jenayah fitnah dengan membuat vedio lucah, mengadakan sidang akhbar, dipuji dan mendapat ramai sokongan inilah kesan daripada menafikan keadilan dan undang-undang Allah SWT.

Setakat dakwaan bahawa kita belum mampu melaksanakan hukum hudud sekarang dan persekitaran masih belum sesuai tetapi usha-usaha positif kearah itu tidak diusahakan dan kerja-kerja dakwah dan tarbiah disekat d masjid-masjid, pemberian tauliah agama dikontrol oleh orang politik maka sampai bila pun umat Islam dan rakyat seluruhnya tidak akan dapat memahami bahawa keperluan dan keyakinan kepada undang-undang ciptaan Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran nul karim dan hadis Rasulullah SAW.

Setiap pemimpin umat Islam yang berkuasa dan berpengaruh di dalam masyarakat perlu ingat bahawa mereka semuanya akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti adakah mereka telah berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Allah SWT dimuka bumi ini. Apakah usaha, tindakan dan keinginan yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan ajaran Islam sepenuhnya? bukan dakwaan kosong dan berpotifkan politik semata-mata.

Dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat kenyataan bahawa agama resmi Malaysia adalah agama Islam :

"Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama."

Mengikut tafsiran sebenarnya apabila "Perkara 3 Perlembagaan bahawa agama Islam ialah agama resmi bagi Persekutuan.." sepatutnya perlu kembali kepada takrif Islam yang sebenarnya iaitu Islam adalah agama suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui kitab suci al-Quran nul karim dan melalui sunnah Nabi-Nya. Islam punya dua makna. Pertama, nash (teks) wahyu yang menjelaskan din (agama) Allah. Kedua, Islam merujuk pada amal manusia, yaitu keimanan dan ketundukan manusia kepada nash (teks) wahyu yang berisi ajaran din (agama) Allah.

Jika sudah jelas bahawa agama resmi Persekutuan Islam kenapa darisegi perlaksanaannya terpaksa ambi tafsiran daripada Suruhanjaya Reid?



Apakah dia Suruhanjaya reid?

"Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangkaPerlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatanpulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri."

Jelas disini bahawa Suruhanjaya reid adalah suruhanjaya peninggalan Britisah dan ianya boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia yang beragama Islam untuk sesuaikan semula Perlembagaan Persekutuan dengan undang-undang Allah SWT samaada hukum qisas, hudud dan diat. Hukum Qanun Melaka adalah undang-undang yang paling hampir dengan undang-undang Islam sebenarnya maka jika kita tinggalkan undang-undang sekarang bukanlah satu yang asing kerana undang-undang Islam sendiri pernah dilaksanakan di Tanah Melayu dahulu. Yang asing bagi kita adalah kita pertahankan undang-undang Britisah yang pernah menjajah negara kita dahulu sedangkan kita telah merdeka 54 tahun yang lalu. Apa erti merdeka jika kita masih dikongkong dengan peraturan orang asing sedangkan kita adalah umat Islam dan menjadi hamba Allah SWT yang beriman dengan al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri, sejauhmana kita telah berusaha mencari rahmat dan keredaan Allah SWT dalam kehidupan kita sehari-hari. Jika kita berazam untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT dan berusha semaksima mungkin ketika di dunia ini maka ini adalah jihad yang paling besar. Walaupun kita memahami undang-undang Islam atau hukum hudud bukan boleh ditegakkan dalam masa sehari atau seminggu kerana undang-undang ini telah lama ditinggalkan, tetapi niat yang ikhlas, usaha berterusan dan cita-cita yang tinggi dan mencari mana-mana ruang yang boleh kita tegakkan undang-undang Islam bermula yang mudah-mudah dulu maka lama ke undang-undang ini akan diterima oleh rakyat dan orang bukan Islam juga boleh menerimanya kerana undang-undang Islam tidak pernah menzalimi manusia samaada umat Islam atau agama yang lain.

Kerja-kerja dakwah dan tazkirah perlu berterusan dan beri kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat seluruhnya akan keadilan ISLAM, kebenarannya, keindahannya maka saya yakin masyarakat kita semuanya samaada umat Islam atau bukan Islam akan menerimanya dengan hati terbuka. Saya menyeru kepada setiap ahli Parlimen yang beragama Islam perlu bersatu dalam perkara untuk menegakkan undang-undang Islam kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama. Dan pujuk rakan-rakan agama lain supaya memahami hasrat kita untuk tegakkan undang-undang Islam kepada kehidupan kerana satu-satunya agama yang di redai Allah SWT adalah Islam.

Firman Alah SWT maksudnya :

"Sesunggunya agama disisi Allah Adalah Islam".
(Surah Ali Imran ayat 19)

"Jadi siapa yang menginginkan selain Islam berarti dia memilih kebathilan dan dalam keadaan merugi.(Surah Ali Imran ayat 82)

"Islam adalah Agama yang sempurna "(Surah Al Maidah ayat 3)

Diambil dari: http://abubasyer.blogspot.com/2011/09/apakah-benar-dalam-masyarakat-majmuk.html

[Penulis adalah Ahli Teras Pertubuhan IKRAM Malaysia]

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"


Sumber:Pertubuhan Ikram Malaysia...





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop