Thursday, August 4, 2011

Kemuliaan Ramadan Kareem



Harini masuk hari keempat kita berpuasa .. jadi insaniah blogger nak kongsi sedikit tentang ilmu keberkatan bulan ramadhan al kareem nie.. ..

Bulan Ramadhan ni bulan yang banyak kelebihan .. ada beberapa hadith menerangkan kelebihan bulan Ramadhan ni .. mari kita lihat hadith hadith tersebut …

“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan
diikat segala syaitan.” -imam Bukhari
“Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu” -imam Bukhari
Antara hadith-hadith yang dikemukan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W .. Kelebihan yang lain boleh kita lihat adalah :-


Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
Lihatlah betapa maknanya kelebihan bulan Ramadhan .. kita manusia mesti inginkan pintu syurga .. tak gitu ?? jadi mari lah kita buat amalan pada bulan Ramadhan ini .. tapi janganlah bulan Ramadhan saja , tapi bulan seterusnya ye..

Selamat berpuasa semua =)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop