Assalamualaikum w.b.t....
salam perkhabaran...
Salam sahabat...
salam ukhwah....
dan kesejahteraan untuk semua kepada yang sampai ke WORLD OF INSANIAH
pelbagai rintangan dilalui untuk menegakkan agama Allah..
itulah janji tuhan kepada orang-orang yang beriman...
kamu pasti diuji dgn 1001 dugaan bagi membuktikan keimananmu..
Bermula dengan mencari ahli jawatan kuasa surau Kolej Poly Tech Mara Bangi,
bermula episod ukhwah yang dijalin untuk mengeratkan hubungan persaudaraan seislam..
indah apabila program usrah bermula, kami berkumpul bersama.. menantikan ketibaan naqib kami...dimulakan dengan ummul kitab Al-fatihah...kemudian disertai dengan tadarus Al-Quran ringkas tetapi penuh pengisian...
perbincangan pun bermula, pelbagai carita,pengalaman,hadis,potongan ayat Al-Quran, pendapat serta masalah yang timbul dikongsikan...Ilmu didada kian bertambah dengan aktiviti sebegini...pengetahuan tentang agama berjaya di tambah dengan hanya perbincangan ringkas...Itulah kuasa perbincangan sesama islam...
saat Ramadhan menjelma lagi,
teman-teman berusaha mengimarahkan surau..
tidak meminta untuk dibayar, tidak pula meminta diberi ganjaran...
solat terawih diatur, imam dan bilal dicari bagi menyempurnakan ibadah
yang hanya datang pada bulan yang sangat mulia iaitu RAMADHAN..
usaha gigih serta ketabahan iman dihati, berjaya teman menyempurnakan
terawih sepanjang Ramadhan disertai Majlis tadarus Al-Quran.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnianya semua perjalanan dalam menegakkan agama Nya berjalan lancar...terima kasih juga kepada kaum-kaum hawa yang banyak membantu serta golongan yang ramai mengimarahkan surau KITA...
Timbul rasa syukur, apabila diri ini dapat miliki sahabat serta teman yang mampu mengajak diri kelembah kemuliaan...kebenaran kata-kata ini terbukti akhirnya ' jika kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, kurang-kurang haruman itu akan melekat pada mu, tetapi jika kamu berkawan dengan tukang besi, bau busuk itu pasti melekat juga.."
terima kasih wahai teman...
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-NYA,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
“you are the best ummah.” (ali Imran:110)
p/s : pandai-pandailah cari teman...kerana 'TEMAN' pintu neraka boleh terbuka..
kerana 'TEMAN' juga, pintu syurga mampu dibuka seluas-luasnya..
Saturday, October 23, 2010
Tangan bersambut, ukhwah bertaut....
9:53 PM
Insaniah Club Members
No comments
0 comments:
Post a Comment