Thursday, July 29, 2010

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bangi.




Pada tanggal 26 julai 2010 kelab Insaniah telah mengadakan 1 sesi beramah mesra bersama dengan penghuni Rumah Anak Yatim Darul Izzah. Acara ini merupakan salah satu yang tersenarai dalam agenda kelab. Lawatan ini diketuai oleh saudara Mohd Shukry b. Othman iaitu selaku presiden kelab Insaniah. Jumlah peserta yang menyertai lawatan iniialah sekitar 15 orang. Pada jam 8.45 malam semua peserta telah melaporkan diri di lobi asrama. Setalah semua peserta lawatan berkumpul di lobi, presiden kelab telah memberikan sedikit taklimat ringkas berkaitan dengan tujuan lawatan. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenali serta memberi semangat kepada adik-adik di Rumah Darul Izzah agar mereka tidak terasa terbuang dan dipinggirkan oleh masyarakat luar. Tepat jam 8.55 malam, perjalanan ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah dimulakan. Perjalanan mengambil masa 10 minit dari hostel desa siswa. Memandangkan jarak yang tidak terlalu jauh, kami semua mengambil keputusan hanya untuk berjalan kaki. Pada jam 9.00 malam ketibaan kami di sambut oleh anak-anak yang menjadi penghuni Rumah Anak Yatim Darul Izzah. Acara pertama ialah sesi ta’aruf sesama penghuni Rumah Anak YatimDarul Izzah. Pada masa ini adik-adik di sini agak segan-segan untuk memperkenalkan diri mereka kepada peserta lawatan. Sesi ta’aruf ini mengambil masa hampir 20 minit kerana bertujuan untuk mengenali serta mengetahui asal usul anak-anak di rumah anak yatim tersebut. Sesudah sesi ta’aruf, secara kebetulan pada masa tersebut merupakan masa untuk mereka mengulang kaji serta menyudahkan kerja sekolah jadi setiap peserta diberikan 2 orang adik angkat, dimana mereka perlu membantu serta member tunjuk ajar kepada adik-adik angkat tersebut. Linkungan umur anak-anak di Rumah Darul Izzah ialah 9 tahun hingga 17 tahun. di antara mereka yang mempunyai kemahiran untuk melukis gambar secara rawak dan membuat kraftangan menggunakan beberapa helai benang. Pada jam 10.30 malam, kami telah meminta diri untuk kembali ke hostel desasiswa dan adik-adik tersebut perlu masuk tidur kerana untuk bangkit pada esok pagi untuk pergi ke sekolah. Semua peserta berasa senang hati dan puas kerana dapat meluangkan sedikit masa dengan adik-adik yang amat memerlukan sokongan moral serta dorongan untuk mereka terus belajar dengan bersungguh-sungguh hingga ke menara gading. Mereka adalah antara golongan yang dikasihi oleh allah kerana mampu meneruskan perjuangan hidup dengan sendiri tanpa dibantu oleh org tua mereka. Ketua lawatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran Rumah Ana-Anak Yatim Darul Izzah kerana membenarkan kami melawat saudara-saudara kami yang memerlukan kasih sayang dan amat disayangi junjungan besar nabi Muhammad S.A.W...kepada warga kptm bangi yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas buat adik-adik di rumah anak-anak yatim darul izzah bolehlah berhubung dengan mana-mana ahli jawatankuasa Kelab Insaniah..

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesal), Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)kedatangan ajal matiku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang - orang yang soleh" (Surah Al Munafiqun:10)

1 comments:

Syauqah Mujahidah said...

Salam alaik..
Alhamdulillah..insaniah semakin mantop sekarang..=D.. silaturahim dengan adik2 darul izzah juga akk lihat makin erat..bagus la ya..Adik2 semua teruskan usaha ini..andai mampu , jgn sekali2 putuskan silaturahim dgn adik2 darul izzah ni..
Rindu pula akk dgn adik2 darul izzah..rindu nak layan kerenah nakal mereka..heheh..

w/bagaimanapun , tahniah utk adik2..keep up the good work..=)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop