Thursday, January 24, 2013
Salam Maulidur Rasul: Cinta Rasul-Rahmat Sekalian Alam
12:00 PM
Insaniah Club Members
No comments
Pada subuh 12 Rabiulawal Tahun Gajah, keadaan Mekkah dan sekelilingnya berada dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa.Cahaya dari tubuh Nabi Muhammad memancar naik ke langit. Keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut tetamu agung Allah yang bakal memberi rahmat sekalian alam yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Mekkah sebelum ini.
Di negeri Parsi, ketika kelahiran Nabi Muhammad api-api keramat kaum Majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak pernah terpadam sejak di hidupkan, telah terpadam saat kelahiran Nabi Muhammad.
Kelahiran Nabi Muhammad juga telah menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Romawi dan menyebabkan menaranya roboh.
Ketika Rasulullah berumur dua bulan kandungan ibunya Aminah, baginda telah kehilangan ayahnya. Setelah di lahirkan, baginda di pelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusui oleh Halimah binti Abu Zuwaid dari puak Bani Saad Bakri. Begitulah takdir yang ditetapkan oleh Allah terhadap Rasulullah. Sekiranya kita ditempat baginda, tidak dapat melihat ayah sendiri sejak dilahirkan apakah yang perasaan kita?
Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).
Saat Rasulullah bakal meninggalkan bumi Allah ini, langit telah mulai menguning, tetapi burung-burung enggan mengepakkan sayap seolah-olah turut menangisi Rasulullah yang telah memberi rahmat kepada sekalian alam.
Dengan suara terbatas, Rasulullah memberikan khutbah terakhir :
'' Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNYA. Maka taati dan bertakwalah kepadaNYA. Ku wariskan dua perkara pada kalian, iaitu Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku..''
Khutbah singkat itu di akhiri dengan pandangan Rasulullah yang tenang dan penuh minta menapata wajah sahabtnya satu persatu..
Saat itu....
Abu Bakar mentap mata itu dengan berkaca-kaca,
Umar dadnya naik turun menahan nafas dan tangisnya,
Usman menghela nafas panjang,
dan Ali menundukkan kepalanya..
Saat mendekati kematian, Jibril mendekati Rasulullah di samping malaikat maut disis.
Rasulullah bertanya : Jibril, jelaskan apa hakku di hadapan Allah nanti?
Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
'' Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga telah terbuka lebar menanti kedatanganmu..'' kata Jibril.
Tapi kata-kat itu tidak membuatkan Rasulullah lega. Matany masih penuh dengan penuh kecemasan.
'' Engkau tidak senang mendengar khabar ini..?'' Tanya Jibril lagi.
'' Khabarkan bagaimana nasib umatku kelak..? ''
Jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku :
'' ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya..'' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat..
Izrail melakukan tugasnya.
Perlahan-lahan roh Rasulullah di tarik.
'' Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini..''
'' Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku..''
dan berakhirlah hidup manusia yang telah memberi sinar dan rahmat kepada sekalian alam dengan kata-kata terakhir..'' ummatii, ummatii, ummatiii...'' umatku, umatku, umatkuuu....
Betapa kasihnya Rasulullah kepada kita. Betapa cintanya baginda terhadap kita.
Saat kematian, baginda memikirkan kita. Umatnya.
Sedangkan kita? Berapa banyakkah kasih kita kepada baginda? apakah buktinya?
Wahai sahabat-sahabatku, marilah kita mengenag kembali setiap pengorbanan Rasulullah saat hidupnya dahulu dalam menyebarkan syiar Islam. Dan hari ini? lahirnya kita juga dalam Islam.
Bersyukurlah kita dan sama-samalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah dan mengamalkan apa yang telah di tinggalkanNya.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
Cintailah baginda sebagaimana cintanya baginda terhadap kita. In Syaa Allah kita akan dapat bertemu baginda dan mendapat syafaatnya di akhirat sana nanti. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Bukan hanya pada hari ini sahaja tetapi berselawatlah ke atas baginda setiap hari. In Syaa Allah..Wallahu'alam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).