Wednesday, December 21, 2011

Ekspedisi Ke Bukit Broga dan Sungai Tekala


Sedikit Taklimat Dari Pihak Penganjur


Bersedia Melakukan Pendakian


Pada 17 Disember 2011 yang lalu.Kelab Insaniah telah menganjurkan Rehlah Brotherhood 2011 bertempat di Bukit Broga dan Sungai Tekala.Program tersebut dihadiri oleh hampir 40 orang mahasiswa dan mahasiswi serta 2 orang pensyarah pengiring.Selain itu, program tersebut berlangsung selama 1 hari bermula jam 5 pagi hingga jam 4 petang.



Solat Dhuha Berjemaah Di Puncak 2 Bukit Broga

Program tersebut dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi program usahasama KPTM-UiTM kerana memandangkan mahasiswa dan mahasiswi program KPTM belum mendaftar untuk semester baru.Disamping melakukan aktiviti mendaki bukit ,kelab insaniah juga tidak lupa menerapkan unsur-unsur kerohanian dalam diri mahasiswa dan mahasiswi.Ini terbukti apabila Pimpinan Kelab Insaniah bersama-sama melakukan solat dhuha secara berjemaah bersama perserta-peserta di puncak 2 Bukit Broga.Hal itu secara tidak langsung menggambarkan bahawa ALLAH itu diingati walau dimanapun kita berada.Selepas penat mendaki buki,para mahasiswa dan mahasiswi diajak untuk berkampung pula di Sungai Tekala bagi menghilangkan lelah mendaki bukit dan merasai indahnya panorama ciptaan ALLAH s.w.t.



Mendengar Sedikit Pengisian Rohani Dari Pimpinan Insaniah

Program tersebut dilihat menarik kerana disamping menerapkan unsur riadah melalui pendakian namun juga menerapkan unsur-unsur kerohanian yang dilihat merupakan aspek terpenting dalam pembinaan seorang mahasiswa yang cemerlang.Pepatah arab juga ada menyebut iaitu insan yang kuat datang dari akal yang cerdas dan akal yang cerdas datang dari tubuh badan yang sihat.



Muslimin Di Puncak Bukit Broga

Muslimat Di Puncak Bukit Broga




Video Promo Rehlah Brotherhood 2011


Wassalam dan Selamat Menonton......

Friday, December 16, 2011

Masuk Islam Kerana Mengkaji Kulit Manusia




Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).

Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka, Tiap-tiap kali kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(An-Nisaa’ 4:56)

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak mahu menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.

english.islamway.com

Wallahu’alam….

Tuntutan Solat Fardhu Berjamaah Menurut Ulamak Feqah






(3)Tuntutan Berjama`ah Menurut Ulamak Feqah:

(Di bawah tajuk ini di jelaskan bagaimana ulamak feqh memahami perintah syarak atau amalan Rasulullah s.a.w. mengenai solat berjama`ah)

Berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Hadith,ulamak berbeza pendapat berhubung dengan hukum solat fardu berjama`ah, oleh sebab percanggahan dalil-dalil pada perkara tersebut (Ibnu Rushd, Bidayah Al-Mujtahid), seperti berikut:

Pendapat pertama:

Kata Al-Hanafiyyah dan Al-Malikiyyah serta sebahagian dari ulamak Al-Shafi`iyyah (Al-Nawawiyy, Al Majmu`dan Al-Zuhailiyy,Al-Feqh Al-Islamiyy ): Berjama`ah pada solat fardhu selain solat Jum`at adalah sunat mu’akkad keatas lelaki berakal yang mampu menunaikannya. Tidak wajib ke atas wanita kanak-kanak, hamba, orang yang tidak berkeupayaan berjalan, orang sakit, orang tua, serta orang yang terpotong tangan dan kaki.

Ianya sunat kerana merujuk kepada zahir hadis yang lalu (iaitu hadis yang bermaksud: “solat berjama`ah lebih baik dari solat berseorangan dua puluh lima kali ganda” atau “dua puluh tujuh kali ganda”) yang menunjukkan bahawa solat dalam jama`ah adalah dari jenis yang disunatkan sebagai menambah-sempurnakan lagi solat fardhu yang wajib itu, seolah-olah seperti sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud): “solat berjama`ah lebih sempurna dari solat seorang diri”. Keadaan yang “sempurna” adalah perkara yang melebihkan pahala, bukan tuntutan yang dimestikan.

Menurut Al-Zaahidiyy (Al-Hanafiyy), dimaksudkan dengan “sunat mu’akkad” dalam mazhab Hanafiyy ialah “wajib” (al-wujub) melainkan pada solat jum`at dan `aid maka ia adalah merupakan syarat (Ibnu`Abidin, Al-Dar Al-Mokhtar)

Pendapat kedua:

Menurut pendapat yang “asah” dari mazhab Al-Shafi`iyyah (Al-Nawawiyy, Al-Majmu`, Al-Sharbiniyy, Mughniyy Al-Muhtaj dan Al-Zuhailiyy) , hukum berjama`ah solat fardhu adalah fardhu kifayah ke atas lelaki yang merdeka, bermukim dan tidak bertelanjang, di mana solat tersebut menojolkan syi`ar jama`ah dengan mendirikannya di masjid (bukan di rumah) setiap kampung atau mukim. Jika semua enggan mendirikannya, diperangi. Tidaklah dituntut ke atas perempuan seperti tuntutan ke atas lelaki.

Di antara dalilnya, sabda Rasulullah s.a.w (pada hadis Abu Darda’) yang bermaksud.:

“”Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”.

Riwayat Abu Dawud dan Al-Nasaa’iyy dengan diperakukan oleh Ibnu Habban dan Al-Hakin.

Imam Al-Shafi`iyy sendiri menyebutkan bahawa tidak harus seseorang lelaki meninggal solat berjama`ah, samaada bermukim atau bermusafir, beralasan hadis Abu Hurairah mengenai cadangan Rasulullah s.a.w. membakar rumah lelaki yang mengabaikan solat fardhu berjama`ah dan hadis Abdul Rahman bin Harmalah:


بَيْنَنَـا وَبَيْنَ المُنَافِقِيْنَ شُـهُوْدُ الْعِشَاءِ وَالصُّبْحِ، لايَسْتَـطِيْعُونَهُمَا

Bermaksud:

“Diantara kita dan golongan munafiq ialah kehadiran solat `Isya’, mereka tidak berupaya …”

(Al-Shafi`iyy, Al-Umm)

Pendapat Ketiga:

Menurut pendapat Al-Hanbaliyyah (Ibnu Qudamah, Al-Mughniyy, Al-Rafi`iyy, Fath Al-`Aziz, Al-Nawawiyy, Al-Majmu`, Al-Zuhailiyy) berjama`ah mendirikan solat fardhu adalah wajib`ainiyy, iaitu wajib ke atas setiap mukallaf.

Dalil mazhab ini dan mereka yang sama pendapat dengannya ialah ayat Al-Qur’an mengenai solat khauf dan ayat perintah ruku` bersama orang yang ruku’, hadis Abu Hurairah mengenai solat terberat ke atas golongan munafiq ialah solat `isya’ dan solat subuh, hadis Abu Hurairah mengenai Rasulullah bersumpah untuk membakar rumah lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah, hadis mengenai orang rabun (seorang sahabat) yang dituntut berjama`ah jika mendengar azan, hadith Ibnu Mas`ud yang menjelaskan bahawa di zaman Rasulullah s.a.w. hanya orang munafiq sahaja yang tidak menunaikan solat fardu berjama`ah dan hadith Jabir serta Abu Hurairah yang menafikan fadhilat jiran masjid yang bersembahyang di rumah sendirian dan hadith-hadith lain-lain.

Mazhab ini, diperkuatkan lagi wajib berjama`ah solat fardhu itu, oleh perintah syarak supaya solat khauf (sembahyang fardhu dalam keadaan perang – keadaan takut) dilakukan secara berjama`ah dan juga harus melakukan solat fardhu secara jama` oleh sebab hujan, yang semua itu tidak lain melainkan kerana keperluan menjaga solat fardu supaya dilakukan secara berjama`ah.


Akan tetapi tidaklah berjama`ah itu sebagai syarat sah solat seperti di naskan oleh Imam Ahmad.


Hukum Solat Berjemaah.

Sepakat para ulamak menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka khilaf tentang hukumnya. Ada yang menganggapnya fardu ain seperti Imam Auzaiey, Atoa’, Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian muhaddisin mazhab Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan Ibnu Hibban. Ada yang menganggapnya fardhu kifayah sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkadah. Imam Bukhari juga menganggap solat berjemaah itu wajib.

Kesimpulannya, hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah ataupun fardhu kifayah jika dilihat kepada hukumnya bagi setiap waktu sembahyang satu persatu, tetapi jika dilihat kepada hukumnya secara keseluruhan, maka hukum sembahyang berjemaah adalah fardhu ain. Ini bererti, seseorang muslim dilonggarkan untuk meninggalkan solat berjemaah sekali-sekala, tetapi tidak harus baginya untuk meninggalkannya secara berterusan, seolah-olah tidak ada sebarang ikatan antaranya dan antara solat berjemaah dan juga masjid. Kalaulah dia melakukan demikian, maka sebenarnya dia telah melakukan satu perkara yang dilarang oleh agama. Kerana inilah Rasulullah s.a.w. mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar untuk berjemaah.


Bahkan sembahyang berjemaah dan menghidupkan masjid merupakan tanda keimananannya. Firman Allah SWT: Hanyasanya yang memakmurkam masjid-masjid ialah orang yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat. Surah at-Taubah: 18. Sabda Rasulullah s.a.w.: Bila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa ke masjid, maka bersaksilah bahawa dia memang seorang yang beriman. Riwayat Ahmad dan Tirmizi. Berkata Ibnu Mas’ud: Memang jelas daripada pemerhatianku, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang munafik yang jelas sikap munafiqnya. Riwayat Muslim. Begitu juga haramnya bagi seluruh orang Islam di sesuatu kawasan untuk meninggalkan solat berjemaah, kerana itu bererti menghapuskan satu daripada syiar Islam. Maka mereka wajib dikenakan tindakan oleh pemerintah, sekalipun mereka semua menganggap hukumnya hanyalah sunat muakkadah.


Adapun berjemaah pada solat sunat, maka ia adalah harus, kerana Rasulullah s.a.w. beberapa kali pernah melakukannya. Dan terdapat beberapa solat sunat yang memang disunatkan berjemaah. Dan tuntutan solat berjemah tidak dikenakan kepada perempuan, kanak-kanak dan juga para musafir.

(4)Menurut Ijma`:

Telah sabit ijma` al-sahabah bahawa tuntutan syarak terhadap solat berjama`ah adalah selepas Hijrah. Didalam Al-Ihya’, oleh Al-Ghazaliyy, dari Abu Sulaiman Al-Daraniyy katanya: “Tidak luput seseorang dari solat berjama`ah melainkan ia berdosa”. Katanya lagi: Golongan Al-Salaf mengurungkan diri mereka tiga hari jika tidak sempat solat bersama imam dengan takbir pertama, dan tujuh hari jika tidak sempat berjama`ah.

Wallahu’alam….






Wednesday, December 14, 2011

Insaniah Bersama Pimpinan Dakwah IPTA dan IPTS


Wakil Pimpinan Kelab Insaniah bersama Pimpinan ISIUKM


Pada 10 November 2011 yang lalu telah diadakan Conferens Daie 2011 yang dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam (ISIUKM) yang bertempat di Masjid Al- Salihin Teras Jernang .Program ini dihadiri lebih 7 IPTA dan IPTS sekitar serdang,kajang dan bangi .Diantaranya ialah Kolej Poly- Tech MARA (KPTM )bangi,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bangi,UKM KL,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) , Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) , Universiti Putra Malaysia (UPM) , Universiti Kuala Lumpur German-Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Diantara objektif program tersebut adalah bagi memupuk ukhwah dalam kalangan Daie di kampus serta bertukar-tukar pandangan terhadap isu-isu sekitar kampus.


Pembentangan Gerak Kerja Dakwah di Kampus KPTM Bangi


Kolej Poly- Tech MARA kampus bangi diwakili oleh Kelab Insaniah yang merupakan diantara penggerak dakwah di kampus ini.Menerusi program itu pelbagai input positif diutarakan oleh setiap pimpinan kampus disamping mencari penyelesaian bagi maslahah(masalah) khususnya berkaitan ikhtilat (pergaulan) yang membelenggu warga kampus yang rata-ratanya dari kalangan siswa dan siswi.



Pimpinan Dakwah Kampus Muslimin




Pimpinan Dakwah Kampus Muslimat


Pimpinan kelab Insaniah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mempelawa Kelab Insaniah ke program tersebut.Diharapkan program seperti ini akan terus dijalankan bagi membolehkan penambahbaikan terhadap kelangsungan dakwah .

Thursday, December 1, 2011

Penemuan Saintifik Disebalik Khalwat Pasangan Bukan Mahram

Penemuan Saintifik Disebalik Khalwat Pasangan Bukan Mahram
Larangan untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui sebab ilmiah disebalik perintah itu.
Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap keadaan khalwat itu?
Baru-baru ini, satu kajian membuktikan bahaya berkhalwat tersebut.

Para penyelidik di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita menjadi daya tarikan yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam badan. Walaupun subjek kajian cuba untuk melakukan kajian atau hanya berfikir tentang wanita yang sendirian denganya hanya dalam sebuah simulasi kajian. Namun hal tersebut tidak mampu menghalang tubuh dari perembesan hormon tersebut.
“Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Anda akan mempunyai perkadaran tinggi dalam peningkatan hormon tersebut,” inilah penemuan kajian saintifik baru-baru ini yang disiarkan di dalam Daily Telegraph!
Para saintis mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk prestasi tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan perkadaran yang rendah, tetapi jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian boleh menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan mengakibatkan diabetes dan penyakit lain yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.
Bentuk yang menyerupai alat proses hormon kajian tersebut berkata bahawa stres yang tinggi hanya berlaku ketika seorang lelaki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada masa wanitanya memiliki daya tarikan lebih besar! Tentu saja, ketika seorang lelaki bersama-sama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak akan berlaku kesan daripada hormon kortisol. Seperti halnya ketika lelaki duduk dengan seorang lelaki, hormon ini tidak naik. Tetapi hanya berlaku ketika bersendirian dengan seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram.
Para penyelidik mengatakan bahawa lelaki ketika ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membina hubungan dengannya (jika tidak emosional), dan dalam kajian lain, para saintis menekankan bahawa situasi ini (untuk melihat wanita dan berfikir tentang mereka) jika berulang, mereka berisiko untuk mengidap penyakit kronik dan masalah psikologi seperti kemurungan.
Nabi saw mengharaman khalwat
Kita semua tahu hadis yang terkenal yang mengatakan: “Tidaknya ada orang yang seorang lelaki berkhlawat dengan wanita kecuali syaitan adalah yang ketiga, hadis ini menegaskan diharamkannya berkhalwat bagi seorang lelaki dengan wanita asing atau bukan mahramnya. Kerana itu Nabi saw melalui syariat ini menginginkan kita mengelakkan banyak penyakit sosial dan fizikal.
Ketika seorang beriman mampu mengelakkan diri dari melihat wanita (yang bukan mahram) dan mengelakkan diri dari berkhalwat dengan mereka, maka dia mampu mencegah penyebaran amoralitas dan dengan demikian melindungi masyarakat dari penyakit wabak dan masalah sosial, dan mencegah individu dari pelbagai penyakit.
Dipetik Dari Nukilan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop