Monday, August 29, 2011

Adab Merayakan AidilFitri

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu...

Tuesday, August 23, 2011

Isu Memperlahan Bacaan Quran ~Hujah Dr. Maza

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan; ...

Sunday, August 14, 2011

Siapakah Rabiatul Adawiyah ??

Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa a.s. Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a. Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a. Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH.... Berkongsi sedikit kisah mengenai seorang wanita yg aku anggap seperti Mentor untuk aku terus berjuang dalam Islam... Kisah Rabiatul Adawiyah Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup. Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup....

Saturday, August 13, 2011

Uwais AlQarni: Terkenal DiLangit Tak Terkenal diBumi

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa. Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (Tabiin) maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil Sahabat. Kalau...

Thursday, August 11, 2011

Simbol Israel Pada Syiling Malaysia

Baru- baru ini kita dikejutkan dengan kemunculan syiling baru yang diumumkan oleh BNM yang dikatakan mempunyai unsur-unsur ILLUMINATI dan Negara ISRAEL.Disamping itu pembaharuan yang jelas dilakukan oleh BNM melalui pengeluaran wang syiling keemasan dengan nilai rm 50 sen n 20 sen serta berwarna perak dengan corak yang baharu seperti dibawah:- ...

Wednesday, August 10, 2011

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah

“Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus. Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil. DULU-DULU Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang! Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’. Bagi yang tidak menjadi,...

Friday, August 5, 2011

Ramadhan Bulan Rahmat

RAMADAN bulan rahmat. Semua kita tahu mengenainya, malah hadis Rasulullah s.a.w bermaksudnya: "Awal Ramadan adalah rahmat, di tengahnya keampunan dan akhirnya selamat daripada api neraka."Kita biasa mengungkap perkataan rahmat dan ada orang yang memahaminya manakala yang lain tidak faham. Kesempatan bulan rahmat ini mari kita menyelami makna rahmat bersama.Dalam bahasa Arab makna rahmat antaranya merujuk kepada lembut hati, lembutnya laksana tanah yang lembut mudah menyerap air dan kemudian membekalkannya kep...

Thursday, August 4, 2011

Kemuliaan Ramadan Kareem

Harini masuk hari keempat kita berpuasa .. jadi insaniah blogger nak kongsi sedikit tentang ilmu keberkatan bulan ramadhan al kareem nie.. ..Bulan Ramadhan ni bulan yang banyak kelebihan .. ada beberapa hadith menerangkan kelebihan bulan Ramadhan ni .. mari kita lihat hadith hadith tersebut …“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dandiikat segala syaitan.” -imam Bukhari“Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu” -imam BukhariAntara hadith-hadith yang dikemukan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W .. Kelebihan yang lain boleh kita lihat adalah...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop