Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Masuk Islam Kerana Mengkaji Kulit Manusia




Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).

Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka, Tiap-tiap kali kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(An-Nisaa’ 4:56)

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak mahu menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.

english.islamway.com

Wallahu’alam….

Wednesday, December 14, 2011

Insaniah Bersama Pimpinan Dakwah IPTA dan IPTS


Wakil Pimpinan Kelab Insaniah bersama Pimpinan ISIUKM


Pada 10 November 2011 yang lalu telah diadakan Conferens Daie 2011 yang dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam (ISIUKM) yang bertempat di Masjid Al- Salihin Teras Jernang .Program ini dihadiri lebih 7 IPTA dan IPTS sekitar serdang,kajang dan bangi .Diantaranya ialah Kolej Poly- Tech MARA (KPTM )bangi,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bangi,UKM KL,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) , Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) , Universiti Putra Malaysia (UPM) , Universiti Kuala Lumpur German-Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Diantara objektif program tersebut adalah bagi memupuk ukhwah dalam kalangan Daie di kampus serta bertukar-tukar pandangan terhadap isu-isu sekitar kampus.


Pembentangan Gerak Kerja Dakwah di Kampus KPTM Bangi


Kolej Poly- Tech MARA kampus bangi diwakili oleh Kelab Insaniah yang merupakan diantara penggerak dakwah di kampus ini.Menerusi program itu pelbagai input positif diutarakan oleh setiap pimpinan kampus disamping mencari penyelesaian bagi maslahah(masalah) khususnya berkaitan ikhtilat (pergaulan) yang membelenggu warga kampus yang rata-ratanya dari kalangan siswa dan siswi.



Pimpinan Dakwah Kampus Muslimin




Pimpinan Dakwah Kampus Muslimat


Pimpinan kelab Insaniah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mempelawa Kelab Insaniah ke program tersebut.Diharapkan program seperti ini akan terus dijalankan bagi membolehkan penambahbaikan terhadap kelangsungan dakwah .

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433




Assalammualaikum,Di kesempatan ini Kelab Insaniah KPTM Bangi mengucapkan Salam Maal Hijrah Kepada Seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi Kolej Poly- Tech MARA khususnya kampus Bangi.Dan di kesempatan ini juga Kelab Insaniah menyeru kepada mahasiswa-mahasiswi sekalian untuk sama-sama menghayati ibrah ataupun iktibar dari tahun baru Islam Maal Hijrah 1433,agar ibrah ini dapat kita implementasikan dalam kehidupan kita sebagai warga kampus.

Sebagai umat Islam, kita perlu berpegang teguh kepada ajaran Allah yang telah disampaikan oleh NAbi Muhammad s.a.w. Allah berfirman:

Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah belah
(Al-Imran:101).

Seruan ini sangat jelas di mana kita diminta untuk bersatu padu, jangan berpecah di atas perbezaan-perbezaan ini seharusnya menjadi rahmat, bukan penyebab untuk berpecah belah tetapi seharusnya menjadi pemangkin kesatuan umat.

Hijrah menuntut kita berubah dari keburukan kepada kebaikan. Kita harus menjadikan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun lepas sebagai panduan untuk kita bergerak ke hadapan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Kita tidak mahu melihat ramai nyawa terkorban di atas jalan raya, kita tidak mahu melihat mat rempit bermaharajalela dan seribu macam perkara yang kita tidak mahu lihat.

Ini menuntut kita melakukan perubahan, sama ada perubahan sikap, corak berfikir atau perubahan-perubahan mendasar yang dalam kehidupan sebagai golongan intelektual dalam masyarakat.

Hal ini juga , menuntut umat Islam untuk bersedia dari segi ilmu yang boleh menepis hujah-hujah kumpulan yang ingin merosakkan kemurnian agama Islam. Salain itu,seharusnya umat Islam perlu menimba, mengkaji, menilai, memahami serta menguasai hujah-hujah balas bagi memelihara kesucian Islam.

Sebenarnya Hijrah mempunyai maksud yang sangat luas. Tun Dr Mahathir ketika masih menjadi Perdana Menteri pernah dalam perutusan Maal Hijrah 1422 menyebut bahawa antara mafhum hijrah ialah ia memberi teladan atau pengajaran kepada Umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Hijrah bukan bermakna melarikan diri atau mengelak daripada masalah, tetapi mengundur untuk menyediakan diri bagi mengatasi cabaran.

Dalam hal ini persiapan diri dalam mencapai ummatan wasatan iaitu umat terbaik kita juga haruslah melalui fasa Hijrah agar kita setanding dengan mahasiswa-mahasiswa di IPT lain.

Wassalam...



Insaniah Club...
Perintis Agama dan Akhlak

Monday, November 21, 2011

Selamat Kembali Ke Alam Kampus




Alhamdulillah syukur keatas Allah, tuhan Rabbul Izzati yang memberikan kita nikmat untuk bernafas dan semestinya nikmat Islam.Sesungguhnya nikmat yang dianugerahkanNya sesekali tidak akan bererti sekiranya tidak kita sambut dengan ibadah dengan penuh cinta kehadrat Allah Azza Wa Jalla.Syukur juga dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana telah berakhirnya Ujian Akhir bagi mahasiswa -mahasiswa program Homegrown dan kini tiba pula giliran mahasiswa-mahasiswa program usahasama KPTM-UiTm memulakan kehidupan di kampus.






Kehadiran mahasiswa-mahasiswa baru di kampus ini amatlah dialu-alukan oleh seluruh warga kampus dan semestinya barisan pimpinan Kelab Insaniah.Jaga dan peganglah amanah Agama ,bangsa dan umat untuk menimba ilmu Allah di kampus ini dan jangan sesekali menghancurkan amanah mereka terhadap anda wahai mahasiswa sekalian.Semoga Kehadiran anda menyuburkan lagi wacana dakwah di kampus ini dan memperbaik suasana islam sekitar kampus.Sebagaimana firman Allah:

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia , (kerana kamu)menyuruh berbuat yang makruf , dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah .Sekiranya Ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka .Di antara mereka ada yang beriman , namun kebanyakan dari mereka adalah orang yang fasik.

Surah Ali - Imran Ayat 110


Oleh itu,Pimpinan Insaniah mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh mahasiswa-mahasiswa program Homegrown serta semoga mendapat result yang cemerlang kelak dan selamat menempuhi semula kehidupan kampus kepada seluruh mahasiswa -mahasiswa program usahasama KPTM-UiTM ,khususnya kepada mahasiswa-mahasiswa yang baru merasai asam garam dunia kampus.

Thursday, October 20, 2011

Kelab Insaniah Dinobat Kelab Terbaik

Saudara Amir Farhan

Pada Malam Graduasi Kolej Poly - Tech MARA Bangi lalu .Kelab Insaniah telah dinobatkan sebagai kelab terbaik bagi sesi 2011.Sesungguhnya kejayaan ini bertitik tolak dari pelbagai usaha dari semua lapisan exco lajnah bagi menyuburkan lagi dakwah di kampus ini.Selain itu ribuan terima kasih kepada semua lapisan mahasiswa dan mahasiswi Kolej Poly Tech MARA Bangi yang tidak pernah jemu memberikan sokongan terhadap segala kegiatan dakwah yang dijalankan oleh Kelab Insaniah.


Barisan Pimpinan Kelab Insaniah

Kejayaan ini turut diserikan dengan 3 anugerah kecemerlangan yang dianugerahkan kepada salah seorang penasihat Kelab Insaniah dan 2 majlis tertinggi Kelab Insaniah.Ustazah Nurul Huda Binti Abdul Rashid dinobatkan sebagai pensyarah terbaik pengajian umum,Saudara Amir Farhan Bin Fathil (Pengerusi) merangkul anugerah khas pengarah dan Saudari Nuratikah Binti Mat Isa(Naib Pengerusi) merangkul anugerah pelajar terbaik Diploma Pengurusan Perniagaan.

Diharapkan Agar kejayaan yang dianugerahkan ini menjadikan Kelab Insaniah lebih mantap dalam menyampaikan misi dakwah di kampus ini.Sesungguhnya ALLAH pernah berfirman di dalam Al-Quran iaitu:

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

(Muhammad 47:7)

Tuesday, October 11, 2011

Malam Tautan Hati Insaniah...


Usrah De Insaniah

Pada ahad lalu bersamaan 9/10/2011 Pimpinan Tertinggi Insaniah Club KPTM Bangi telah mengadakan Majlis Akhir Tautan Hati .Progam Ini bertempat di Pantai Rakyat Port Dickson.
Program tersebut berjaya mengumpulkan hampir 30 pimpinan tertinggi Insaniah Club,2 Keluarga Penasihat Kelab serta 10 siswa dan siswi jemputan.




Program kali ini agak berbeza dengan program Tautan Hati semester sebelumnya .Dimana dalam program tersebut menerap unsur rehlah fil Ukhwah.Melalui game santai dilihat mampu mengerat ukhwah sesama pimpinan islam.Keunikan ukhwah fillah yang terjalin menggambarkan utuhnya ikatan hati diantara pimpinan Insaniah.Diharap agar sesama pimpinan akan terus meneruskan ukhwah ini walau jauh diperantauan.


Tidak terlupa,selamat hari lahir buat adik Ismail faruqi si mutiara hati Ustaz Nazir dan Zaujah.Pimpinan Insaniah berdoa agar ALLAH melimpahi rahmat keatas adik Ismail Faruqi sekeluarga.Doa juga agar adik Ismail Faruqi menjadi seorang pendakwah islam yang utuh keimanannya kepada ALLAH..

Wassalam.

Friday, September 30, 2011

Program "Ini Sungguh Kool" @ISK

Kepada Mahasiswa
Kolej Poly- Tech MARA..

Pimpinan Insaniah Mempelawa Kalian
Ke Program "Ini Sungguh Kool"
Anjuran Rakan Halaqah Siswa (RUHIS MFI)
Dengan Kerjasama Pertubuhan Ikram Malaysia...

Tempat:Pejabat Ikram Putrajaya
Tarikh:1-2 Oktober 2011
Pengangkutan:Disediakan


*Penginapan Di Putrajaya





kepada kaum lelaki sahaja... sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh hubungi ana (0145517768) atau akhi Hafiz (0136740063)... pangangkutan inshaAllah disediakan....

Thursday, August 11, 2011

Simbol Israel Pada Syiling Malaysia





Baru- baru ini kita dikejutkan dengan kemunculan syiling baru yang diumumkan oleh BNM yang dikatakan mempunyai unsur-unsur ILLUMINATI dan Negara ISRAEL.Disamping itu pembaharuan yang jelas dilakukan oleh BNM melalui pengeluaran wang syiling keemasan dengan nilai rm 50 sen n 20 sen serta berwarna perak dengan corak yang baharu seperti dibawah:-




Saturday, July 23, 2011

INSANIAH DI FORUM EHWAL PERDANA


Pada 22 Julai 2011 bersamaan dengan 21 Syaaban 1432 H, Kelab Insaniah telah menghantar seramai 13 orang pelajar untuk menghadiri Program Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Kerajaan negeri Selangor bahagian daerah Hulu Langat dengan kerjasama JAIS Selangor bertempat di Masjid Jamek Pekan Kajang Hulu Langat. Tajuk forum pada malam tersebut ialah 'Bersama mencipta Negeri Baldatun Toiyibatun Warabbun Ghafur'. Forum ini dikemudi oleh moderator Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan bersama 2 orang ahli panel yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah seumpama ini iaitu Dr Roslan Mohamed (pensyarah UM) dan Dr Azhar Yaacob (perunding motivasi). Program ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam seperti yang dirancang.

Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Agung Israk Mikraj

Sempena memperingati peristiwa agung yang berlaku pada 27 Rejab iaitu Isra' Mikraj, Kelab Insaniah mengajak semua sahabat sahabiah sekalian untuk mengambil ibrah dan pengajaran disebalik peristiwa agung ini. Bacalah artikel dibawah ini sehingga habis dan ketahuilah hikmah disebalik peristiwa ini, semoga kita semua mendapat keberkatan dan hidayah daripadanya.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop