Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Ekspedisi Ke Bukit Broga dan Sungai Tekala


Sedikit Taklimat Dari Pihak Penganjur


Bersedia Melakukan Pendakian


Pada 17 Disember 2011 yang lalu.Kelab Insaniah telah menganjurkan Rehlah Brotherhood 2011 bertempat di Bukit Broga dan Sungai Tekala.Program tersebut dihadiri oleh hampir 40 orang mahasiswa dan mahasiswi serta 2 orang pensyarah pengiring.Selain itu, program tersebut berlangsung selama 1 hari bermula jam 5 pagi hingga jam 4 petang.



Solat Dhuha Berjemaah Di Puncak 2 Bukit Broga

Program tersebut dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi program usahasama KPTM-UiTM kerana memandangkan mahasiswa dan mahasiswi program KPTM belum mendaftar untuk semester baru.Disamping melakukan aktiviti mendaki bukit ,kelab insaniah juga tidak lupa menerapkan unsur-unsur kerohanian dalam diri mahasiswa dan mahasiswi.Ini terbukti apabila Pimpinan Kelab Insaniah bersama-sama melakukan solat dhuha secara berjemaah bersama perserta-peserta di puncak 2 Bukit Broga.Hal itu secara tidak langsung menggambarkan bahawa ALLAH itu diingati walau dimanapun kita berada.Selepas penat mendaki buki,para mahasiswa dan mahasiswi diajak untuk berkampung pula di Sungai Tekala bagi menghilangkan lelah mendaki bukit dan merasai indahnya panorama ciptaan ALLAH s.w.t.



Mendengar Sedikit Pengisian Rohani Dari Pimpinan Insaniah

Program tersebut dilihat menarik kerana disamping menerapkan unsur riadah melalui pendakian namun juga menerapkan unsur-unsur kerohanian yang dilihat merupakan aspek terpenting dalam pembinaan seorang mahasiswa yang cemerlang.Pepatah arab juga ada menyebut iaitu insan yang kuat datang dari akal yang cerdas dan akal yang cerdas datang dari tubuh badan yang sihat.



Muslimin Di Puncak Bukit Broga

Muslimat Di Puncak Bukit Broga




Video Promo Rehlah Brotherhood 2011


Wassalam dan Selamat Menonton......

Wednesday, December 14, 2011

Insaniah Bersama Pimpinan Dakwah IPTA dan IPTS


Wakil Pimpinan Kelab Insaniah bersama Pimpinan ISIUKM


Pada 10 November 2011 yang lalu telah diadakan Conferens Daie 2011 yang dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam (ISIUKM) yang bertempat di Masjid Al- Salihin Teras Jernang .Program ini dihadiri lebih 7 IPTA dan IPTS sekitar serdang,kajang dan bangi .Diantaranya ialah Kolej Poly- Tech MARA (KPTM )bangi,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bangi,UKM KL,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) , Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) , Universiti Putra Malaysia (UPM) , Universiti Kuala Lumpur German-Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Diantara objektif program tersebut adalah bagi memupuk ukhwah dalam kalangan Daie di kampus serta bertukar-tukar pandangan terhadap isu-isu sekitar kampus.


Pembentangan Gerak Kerja Dakwah di Kampus KPTM Bangi


Kolej Poly- Tech MARA kampus bangi diwakili oleh Kelab Insaniah yang merupakan diantara penggerak dakwah di kampus ini.Menerusi program itu pelbagai input positif diutarakan oleh setiap pimpinan kampus disamping mencari penyelesaian bagi maslahah(masalah) khususnya berkaitan ikhtilat (pergaulan) yang membelenggu warga kampus yang rata-ratanya dari kalangan siswa dan siswi.



Pimpinan Dakwah Kampus Muslimin




Pimpinan Dakwah Kampus Muslimat


Pimpinan kelab Insaniah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mempelawa Kelab Insaniah ke program tersebut.Diharapkan program seperti ini akan terus dijalankan bagi membolehkan penambahbaikan terhadap kelangsungan dakwah .

Monday, November 28, 2011

Akibat Buruk Makan Dan Minum Sambil Berdiri

Dalam hadis disebutkan“Janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan ditapis oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh tahan ) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada

‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum automatik masuk tanpa ditapis lagi. Terus menuju kandung kencing. Ketika menuju kandung kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Karana banyak sisa-sisa yang kotor di ureter inilah awal mula munculnya kesakitan.

Betul, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang paling bahaya. Akibatkannya karana akan susah kencing, jelas hal ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.:
"Bahwa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahwa hal itu lebih buruk."

Pada ketika duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan cepat ke dasar usus, merempuhnya dengan kuat, jika hal ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan melar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Ingat ketika darurat!




Manusia pada saat berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada waktu makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada waktu duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan siap untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang disantap pada waktu berdiri, boleh terkesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. Refleksi ini apabila terjadi secara cepat dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara kerap berterusan membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahwa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berbentukan dengan makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada waktu berdiri disertai pengerutan otot pada tenggorokkan yang menghalangi jalannya makanan ke usus secara mudah, dan terkadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa ketika makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertekuk lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk berbaring (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara berbaring" (HR Bukhar).

Bila kita tetap berdegil membiasakan makan atau minum sambil berdiri dalam jangka masa panjang, kerengsaan sel-sel kerongkong ini akan berakumulasi dan menyebabkan kanser saluran esofagus. Cara mencegah reflux asid perut ini adalah dengan makan sambil duduk.

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata: "Bagaimana dengan makan?" beliau menjawab: "Itu lebih buruk lagi". (HR.Muslim dan Turmidzi)

Monday, November 21, 2011

Selamat Kembali Ke Alam Kampus




Alhamdulillah syukur keatas Allah, tuhan Rabbul Izzati yang memberikan kita nikmat untuk bernafas dan semestinya nikmat Islam.Sesungguhnya nikmat yang dianugerahkanNya sesekali tidak akan bererti sekiranya tidak kita sambut dengan ibadah dengan penuh cinta kehadrat Allah Azza Wa Jalla.Syukur juga dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana telah berakhirnya Ujian Akhir bagi mahasiswa -mahasiswa program Homegrown dan kini tiba pula giliran mahasiswa-mahasiswa program usahasama KPTM-UiTm memulakan kehidupan di kampus.






Kehadiran mahasiswa-mahasiswa baru di kampus ini amatlah dialu-alukan oleh seluruh warga kampus dan semestinya barisan pimpinan Kelab Insaniah.Jaga dan peganglah amanah Agama ,bangsa dan umat untuk menimba ilmu Allah di kampus ini dan jangan sesekali menghancurkan amanah mereka terhadap anda wahai mahasiswa sekalian.Semoga Kehadiran anda menyuburkan lagi wacana dakwah di kampus ini dan memperbaik suasana islam sekitar kampus.Sebagaimana firman Allah:

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia , (kerana kamu)menyuruh berbuat yang makruf , dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah .Sekiranya Ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka .Di antara mereka ada yang beriman , namun kebanyakan dari mereka adalah orang yang fasik.

Surah Ali - Imran Ayat 110


Oleh itu,Pimpinan Insaniah mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh mahasiswa-mahasiswa program Homegrown serta semoga mendapat result yang cemerlang kelak dan selamat menempuhi semula kehidupan kampus kepada seluruh mahasiswa -mahasiswa program usahasama KPTM-UiTM ,khususnya kepada mahasiswa-mahasiswa yang baru merasai asam garam dunia kampus.

Saturday, October 29, 2011

Salah faham disebalik kalimah "Poligami itu Sunnah"


Mari membela Islam daripada fitnah dan kekeliruan sudut pandang.

Segelintir orang gemar menggunakan ayat ‘Poligami itu sunnah,’ hingga membekaskan kefahaman kepada sebahagian masyarakat bahawa, poligami itu digalakkan dalam Islam, mulia dan menjadi keperluan untuk dilakukan oleh semua lelaki Muslim yang berkemampuan meskipun tiada apa-apa darurat yang mendesaknya.

Namun anehnya, golongan yang menyebut-nyebut ‘poligami itu sunnah’ tidak pula menyebut ‘perceraian’ dan ‘perhambaan’ itu sunnah sedangkan ‘perceraian’ dan ‘perhambaan’ juga turut dilakukan oleh Nabi. Apa pula alasan mereka ketika meninggalkan ayat 'perceraian itu sunnah' dan 'perhambaan itu sunnah?'

Mari kita kaji tentang maksud ‘sunnah’ agar kita bukan sahaja ‘tahu’ secara tepat tetapi perlu ‘faham’ secara jelas.

Sunnah di sisi Fiqh adalah sesuatu perbuatan yang sekiranya dibuat mendapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak berdosa, atau pendek kata ia digalakkan.

Sunnah di sisi ahli hadis lebih luas maksudnya meliputi kata-kata Nabi, perbuatan Nabi, persetujuan Nabi (Taqrir) dan sifat Nabi daripada sudut fizikal dan akhlak.

Sunnah di sisi para ahli usul pula dihadkan kepada kata-kata Nabi, perbuatan Nabi dan persetujuan Nabi (Taqrir) kerana ia mempunyai kesan hukum.

Mungkin orang yang mengungkapkan ayat 'Poligami itu sunnah' bermaksud mengatakan ia sunnah secara umum, iaitu sunnah yang meliputi semua perbuatan Nabi. Namun, ayat ini selalu difahami oleh masyarakat daripada sudut pengertian hukum fiqh (iaitu digalakkan).

Kekeliruan ‘sudut pandang’ menyebabkan pencinta-pencinta sunnah yang baik dan beriman berasakan perlunya mereka melaksanakan poligami walhal jumhur ulama berpandangan Islam tidak menggalakkannya malah mengawalnya dengan ketat dan payah apabila mensyaratkan ‘adil’.

Ada sesetengah golongan yang berhujah mahu menyebut begini, “Poligami itu sunnah tetapi hukumnya bukan sunat dan bukan digalakkan.” Hmm, ok tapi panjangnya ayat ni! Faktanya, Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia baginda, maka sunnah bermonogami lebih mendominasi daripada berpoligami. Sudut pandang ini perlu dijelaskan kepada masyarakat bersama kejelasan hukum asal poligami bukannya sunnah.

Sudut pandang sebenar yang perlu difahami ialah poligami cumalah sebagai ‘rukhsah’ dalam masalah-masalah tertentu, bukannya digalakkan. Inilah pendapat jumhur ulama’. Asal perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu seperti kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Dikuatkan lagi dengan hujah-hujah ulama’ di dalam buku yang terkenal seluruh dunia, Al-Fiqh waadillatuhu bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.

Hukum asal yang lebih tepat bagi poligami menurut jumhur ulama adalah harus, bukannya sunnah. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama bagi meletakkan hukum asal ini. Manakala hukum asal bagi perkahwinan ‘monogami’ ialah sunnah. Hukum asal bagi perkahwinan ‘monogami’ ini memang disepakati, maka memang wajar mengatakan ‘monogami itu sunnah’.

Jadi, wajarkah terus menggunakan perkataan ‘poligami itu sunnah’ dengan hujah menggunakan takrif ahli hadis dan ahli usul, sekiranya nanti masyarakat memahaminya sebagaimana takrif Fiqh?

Maka pada hemat penulis, ayat ‘Poligami itu sunnah,’ wajar ditinggalkan sebagaimana wajarnya kita meninggalkan ayat ‘Perhambaan itu sunnah’, ‘Pemerdagangan orang itu sunnah,’ ‘Perceraian itu sunnah.’Supaya masyarakat tidak keliru dan memahaminya sebagai suatu galakan, lantaran Nabi memang melakukan hal-hal ini atas sebab-sebab yang tertentu sebagai rukhsah apabila darurat mengikut konteks zaman itu.

Bagi lebih memendekkan perkataan, tinggalkan sahaja ayat “Poligami itu sunnah” dan bertukar kepada ayat, “Poligami cuma harus.” “Poligami cuma rukhsah.” Sudut pandang ini lebih menjernihkan Islam daripada fitnah golongan orientalis dan missionary sebagaimana dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi bahawa mereka mendakyah Islam ini agama poligami sedangkan poligami dalam Islam bukan perintah, bukan pula digalakkan. Dakyah mereka ini menyebabkan berlakunya islamphobia di Barat terutamanya di kalangan wanita-wanita seluruh dunia. Mari membela Islam dari fitnah!

Sumber:Blog Fatimah Syarha

Friday, October 21, 2011

Gaddafi terbunuh di kampung sendiri


SIRTE - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah terbunuh selepas pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Peralihan menawan kampung halaman beliau yang juga kubu terakhir pengikut setianya di sini semalam.
Gaddafi ditemui mati akibat pendarahan kesan tembakan di kepala beliau, selepas pejuang NTC berjaya menangkap beliau.
Jenazah Gaddafi kemudian dilaporkan telah dipindahkan ke sebuah masjid di Misrata.
Salah seorang anak Gaddafi, Mutassim, yang bersembunyi dengan bapanya juga turut terbunuh semalam.
Orang ramai memenuhi jalan-jalan Sirte, Tripoli, Misrata dan Benghazi, bandar di timur Libya yang menerajui pemberontakan terhadap pemerintahan Gaddafi selama 42 tahun, untuk meraikan berita kematiannya dengan beberapa das tembakan senapang dan lambaian bendera baru Libya.
Penduduk di timur Libya mula menunjuk perasaan Februari lalu, mendapat ilham daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir sehingga mengakibatkan kedua-dua pemimpin di negara berkenaan tumbang.
Tunjuk perasaan itu akhirnya bertukar menjadi pemberontakan di kalangan penduduk yang membentuk kumpulan pejuang menentang Gaddafi.
Kematian Gaddafi itu menandakan bahawa NTC kini menguasai sepenuhnya Libya selepas mereka berjuang selama lapan bulan, bertempur dengan pengikut setia diktator Libya tersebut.

Sumber:Malaysiaharmoni

Wednesday, October 12, 2011

Kebangkitan semula Mesir ialah matlamat IKHWAN dan FJP



Mahdi Akef, mantan Mursyidul Am menyeru pentadbiran tentera (SCAF) untuk segera menyerahkan kuasa dan menamatkan tempoh peralihan supaya kehidupan boleh kembali biasa secepat mungkin.
Ketika berucap di sebuah persidangan di Beheira (90 km dari Kaherah), Akeh berkata, “ Rakyat Mesir menyedari apa yang berlaku. Mereka yang mencipta kebebasan ini dan mereka yang memilikinya. Jadi mereka pasti tidak akan menyerahkannya dengan mudah. Kami sangat yakin bahawa tiada siapa boleh memusnahkan prinsip-prinsip revolusi.”
Beliau menegaskan Mesir perlu bekerja keras bagi memulihkan dan menjana ekonomi, keselamatan, pendidikan dan industry pelancongan.
Menurut Akef, revolusi ini tidak terhad kepada mana-mana kumpulan. Sebaliknya ia diserti oleh semua rakyat dari pelbagai golongan. Medan tahrir adalah bukti kukuh tentang kehebatan rakyat dan ketinggian akhlak mereka.
Beliau juga menjelaskan bahawa IM tidak mengemukakan calon Presiden bukan kerana tiada yang layak, tetapi demi kepentingan Negara Mesir.

Kebaikan Mandi Songsang


Kebaikan Mandi Songsang



"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?
Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah . Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan di`setting' kan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala.

Tuesday, October 11, 2011

Malam Tautan Hati Insaniah...


Usrah De Insaniah

Pada ahad lalu bersamaan 9/10/2011 Pimpinan Tertinggi Insaniah Club KPTM Bangi telah mengadakan Majlis Akhir Tautan Hati .Progam Ini bertempat di Pantai Rakyat Port Dickson.
Program tersebut berjaya mengumpulkan hampir 30 pimpinan tertinggi Insaniah Club,2 Keluarga Penasihat Kelab serta 10 siswa dan siswi jemputan.




Program kali ini agak berbeza dengan program Tautan Hati semester sebelumnya .Dimana dalam program tersebut menerap unsur rehlah fil Ukhwah.Melalui game santai dilihat mampu mengerat ukhwah sesama pimpinan islam.Keunikan ukhwah fillah yang terjalin menggambarkan utuhnya ikatan hati diantara pimpinan Insaniah.Diharap agar sesama pimpinan akan terus meneruskan ukhwah ini walau jauh diperantauan.


Tidak terlupa,selamat hari lahir buat adik Ismail faruqi si mutiara hati Ustaz Nazir dan Zaujah.Pimpinan Insaniah berdoa agar ALLAH melimpahi rahmat keatas adik Ismail Faruqi sekeluarga.Doa juga agar adik Ismail Faruqi menjadi seorang pendakwah islam yang utuh keimanannya kepada ALLAH..

Wassalam.

Monday, October 10, 2011

Insaniah Club Tidak Bersetuju Penayangan Filem "Klip 3gp"



Akhir-akhir ini media perfileman kita semakin hilang arah tujuan.Berdasarkan kepada filem-filem yang dihasilkan semakin kurang memberi input positif kepada masyarakat bahkan lebih memarahkan ia lebih membawa input negatif terhadap masyarakat khususnya golongan-golongan muda yang memerlukan didikan agama sebagai teras kehidupan .Filem-filem seperti bermotifkan seram,cinta melampau dan yang terbaru filem berunsur seks .Ini seakan-akan menggambarkan lemahnya institusi perfileman kita yang dinaungi oleh Filem Nasional (FINAS) dan menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai negara umat Islam.




Insaniah Club melihat keadaan sebagai sesuatu yang menjijikkan.Dimana dapat kita lihat bahawa lemahnya Lembaga Penapisan Filem Malaysia dan lemahnya institusi islam di negara ini dalam menangkis sebarang budaya negatif yang cuba menyelinap masuk dalam fikiran umat islam.Sepatutnya pihak berwajib perlulah ambil maklum hal ini,kerana Malaysia merupakan negara umat islam yang majoritinya bangsa melayu islam.

MINUMAN "BARBICAN " HARAM (Bhg 2)

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, petang semalam.

MINUMAN "BARBICAN" HARAM (Bhg 1)

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Budaya Couple Di Kalangan Siswa dan Siswi (Bhg 2)

Bayangkan apa perasaan remaja yang masih belum bernikah apabila menonton filem dan drama sebegini. Pasti akan timbul perasaan teringin, rasa seronok dan sebagainya mahu mencuba apa yang masih belum dirasai sebagaimana yang dilakukan oleh para pelakon tersebut. Bahkan dalam filem dan drama yang kononnya berunsurkan Islam sendiri terlalu banyak adegan berahi dipaparkan sebagai daya tarikan kepada penonton. Sesungguhnya Islam di zaman ini hanyalah sekadar kulit semata-mata. Bak kata Bob Lokman, bukan sekadar drama itu dipertikaikan tapi di sebalik pembikinan drama itu bagaimana situasinya. Kita sering menuding jari ke arah filem-filem dari Barat yang kononnya menjadi punca remaja runtuh akhlaknya. Usah lagi kita semberono menuduh sebegitu kerana mereka itu memangnya kafir, dan itulah kerja-kerja orang kafir. Persoalannya kita orang Islam, filem yang bagaimanakah yang telah kita hasilkan?

Gelora asmara remaja juga selalu dibangunkan melalui lagu-lagu cinta berahi dan juga iklan-iklan produk di televisyen. Berapa banyak lagu-lagu cinta yang mengasyikkan, yang mengkhayalkan malah yang membolehkan jiwa remaja menerawang jauh ke alam fantasi. Teringat sebuah lagu di tahun-tahun 90-an dahulu antara lain liriknya “…memadu asmara buaian embun pagi…” sangat jelas ia adalah lagu yang menggalakkan perlakuan asmara di kalangan pasangan yang hangat bercinta. Juga di tahun-tahun millennium ini terlalu banyak lagu-lagu picisan yang tiada nilai moral serta iman di dalam liriknya. Antaranya yang begitu syahdu didengari ialah lirik yang berbunyi “…rasa yang pernah kau beri..cinta yang pernah kau bagi…”

Inilah dia contoh zikir-zikir harian remaja yang membawa kepada bergoncangnya gelora asmara remaja dalam alam tanpa sempadan kini. Tidak kurang juga iklan-iklan produk di televisyen yang sangat tiada etika dan tiada nilai menjaga maruah terutamanya di kalangan wanita. Lihat sahaja iklan produk minuman yang dikatakan mampu menambahkan kejantanan lelaki juga kewanitaan wanita. Juga produk penjagaan badan yang agak “kurang ajar” untuk dipertontonkan. Juga produk tuala wanita yang amat aib untuk diketengahkan. Betapa banyak dialog iklan yang menjurus ke arah panahan asmara. Antaranya..” Yang….abang dah balik…”, “..saya di bilik bang….”..kemudian lampu dipadamkan. Apakah maknanya itu? Sehingga kanak-kanak bertanya kenapa perlu tutup lampu sedangkan suaminya baru balik. Teringat kata-kata daripada seorang pengusaha produk homeopaty, beliau mengatakan rasa marahnya terhadap iklan-iklan produk minuman penambah tenaga yang mengandungi tongkat ali. Menurut beliau produk tersebut tidak sesuai diiklankan sebegitu rupa kerana minuman tersebut hanya sesuai diminum oleh lelaki yang sudah berumahtangga disebabkan ia menambahkan tenaga batin. Bayangkan kata beliau jika minuman tersebut diuar-uarkan kepada semua remaja lelaki yang belum bernikah, jika mereka meminumnya apa akan terjadi? Ke mana mereka hendak melepaskan perasaan tersebut, isteri tiada dan ke mana mahu disalurkan?

Wednesday, October 5, 2011

Budaya Couple Di Kalangan Siswa dan Siswi (Bhg 1)

Hidup remaja yang penuh onak ranjau berduri banyak dikaitkan dengan isu-isu yang menjurus ke arah asmara.Budaya couple yang melampau -lampau..contohnya berpegangan tangan,memegang aurat-aurat yang sensitif..seakan mencerminkan siswa dan siswi islam ini ibarat muslim yang tidak berakidah....saya ingin merungkain apakah dia asmara itu?..kerana sebelum kita ingin merawat sesuatu...kita perlulah mengetahui apa,siapa,kenapa,dan bagaimana mrawat asmara ini.. Asmara itu secara mudahnya menurut faham kita ia merujuk kepada perasaan senang, suka, nikmat dan seronok yang akan dizahirkan daripada hasil perhubungan antara lawan jantina, yakni antara lelaki dan wanita. Namun dalam erti kata yang sebenar menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, asmara itu membawa erti cinta, kasih, cinta berahi, bermain, bercinta-cintaan dan bercumbu-cumbuan. Wah betapa asmara itu membawa konotasi yang agak tidak senang untuk dibincangkan secara terbuka! Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?





Thursday, September 29, 2011

Apakah Benar Dalam Masyarakat Majmuk Hukum Hudud Tidak Sesuai di Laksanakan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masyarakat kita setiap hari di sogokkan dengan bermacam-macam kekeliruan mengenai hukum-hukum Islam. Hinggakan umat Islam sendiri terpengaruh dan tidak meyakini akan kemuliaan dan kebaikannya, sedangkan sebagai seorang muslim dia wajib mendaulatkan dan melaksanakan undang-undang Allah SWT di muka bumi ini.




Monday, August 29, 2011

Adab Merayakan AidilFitri





Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara' untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.


Thursday, August 11, 2011

Simbol Israel Pada Syiling Malaysia





Baru- baru ini kita dikejutkan dengan kemunculan syiling baru yang diumumkan oleh BNM yang dikatakan mempunyai unsur-unsur ILLUMINATI dan Negara ISRAEL.Disamping itu pembaharuan yang jelas dilakukan oleh BNM melalui pengeluaran wang syiling keemasan dengan nilai rm 50 sen n 20 sen serta berwarna perak dengan corak yang baharu seperti dibawah:-




Wednesday, August 10, 2011

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah





“Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus.

Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil.


DULU-DULU
Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!

Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.

Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.

Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.

Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.


HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan bulan jihad nafsu

NAFSU, walaupun selalu mendapat cacian, namun selalu pula diikut.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang memiliki keistimewaan dan kemuliaan yang sangat banyak. Bulan diturunkan al Quran yang menjadi petunjuk ummat manusia. Di dalamnya terdapat satu malam yaitu malam Lailatul Qadar, beribadah didalamnya lebih baik dari seribu bulan.

Jihad merupakan puncak tarbiyah dan amaliyah islam dan para pelakunya akan menempati tingkatan yang paling tinggi di surga, sebagaimana mereka juga mendapatkan derajat yang mulia di dunia.

Saturday, July 23, 2011

KEPUTUSAN RASMI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA 2011 KALI KE-53



Keputusan Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53:

Pemenang Qari:
Johan- 89.26 Amirahman Hj Abas Malaysia
Naib Johan- 88.67 Mohamad Saudi Gandisa Filipina
Ketiga- 87.88 Abdel Bast Mohamed Mesir

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop